Followers

Sabtu, 2 Mac 2013

Ah... alasan je tu!

Bukan takde masa .... tajuk entri di blog YB memang amat kena dengan tuan blog ni yang dah beberapa hari ni langsung tak menjenguk blog sendiri, blog orang lain apatah lagi.  Masa ada tapi nak berblog selalunya tak kena masa.  Tiga entri pendek dan gambar seciput yang dipos sebelum ini hanya dibuat menggunakan tab saja... tu saja yang ada masa dan peluangnya.  Entri sambil lalu.  Sepanjang minggu ni setiap malam pc di rumah menjadi milik abahintan menyiapkan kerja-kerja pejabatnya, laptop pulak menjadi milik Azim sepenuhnya menyiapkan kerja-kerja sekolahnya, satu laptop lagi terpaksa dikongsi dengan Intan tapi bila turn ibuintan dapat menggunakannya internet pulak dah meragam... mula tersenguk-sengguk je jalannya.  Berblog menggunakan tab pula tak syok sama sekali.  Tak puaslah rasanya...


Yang sebenar-benarnya sepanjang minggu ni, ibuintan sebenarnya sibuk hingga ke petang.  Setiap petang sepanjang minggu ini menghantar Intan ke kelas memandu keretanya.  Bukan setakat menghantar saja tapi menunggu juga hingga selesai. 

Ni hari pertamanya belajar memandu kereta.  Langkah pertamanya belajar pusing-pusing saja dulu di tapak pasar tani ni.  Selepas lapan pusingan terus dibawa ke jalan raya.   Dapat pula cikgu yang muda belia... anak tokey tu yang mengajar, hari pertama Intan dah mula pecut hingga 60 km, aduhai berani sungguh budak ni, cikgunya pun satu... asyik suruh tekan minyak je.  "Ala bu... jalan lenggang je, 60km pun bukan laju' selamba je dia. Pelajaran yang amat menggembirakannya.  Seronok sakan dia bercerita.
Sebab lambat mula belajar walau dah dapat lesen L, toke kelas memandu tu terpaksa membuka 'kelasnya' untuk Intan pada setiap petang.  Terus menerus selama seminggu.  Disebabkan keinginan yang kuat hendak mendapat lesen kereta, ditambah pula dengan keberaniannya, nampaknya Intan makin cekap, belajar parking pun nampaknya mudah baginya.  Tak ada tiang-tiang yang dicacakkan yang tumbang dilanggarnya. 
  Harapnya nanti sekali ujian saja terus lulus.  Ibunya dulu menggigil kepala lutut, tu sebab terpaksa dua kali mengambil ujian bukit.

Pagi tadi pula, ibuintan berada di sekolah mesyuarat dan bengkel PBS. Menjelang tengah hari baru balik.  Sebab dah lambat langsung malas pergi  kenduri akikah di rumah jiran.  Dah malas pergi kenalah  masak untuk makan tengah hari.  Lepas Zuhur cadangnya nak ke majlis suaikenal group fb Kelab Anak-anak Negeri Sembilan di Seremban tapi datang pula adik sekeluarga.  Mereka balik dari rumah kenduri lalu singgah di rumah ibuintan.  Borak-borak sampai pukul lima setengah. 

Kalau ibuintan pergi tentu dapat berjumpa dengan blogger famos ni ... Komen Sen... masih belum ada rezeki nak berjumpa dengan PakNgah.  Meriah nampak majlisnya dengan tema merah membaranya.  Gambar ni pun saya ciplak dari fb KAANS.. mohon maaf ye.  Esok rasanya nak berehat sepenuhnya di rumah, nak jenjalan ke rumah maya kawan-kawan blog saja.  Tak  guna banyak tenaga, singgah sambil bertegur sapa sahaja.  Komen  pun banyak yang tak berbalas ni.  Rasa bersalah pula, kekadang rasa nak tutup saja  kotak komen tu.


.... jeles dengan sahabat yang boleh berblokwalking semasa waktu bekerja.





Apo nak dikato.

Isnin hingga Jumaat masih  tak cukup.  Sambung lagi hari Sabtu.  Entah berapa Sabtu lagi la ni.