Followers
Isnin, 4 Februari 2013
Silap sendiri.
Sakit pinggang (low back pain) ni memang kesilapan sendiri. Kecuaian sendiri sebab semalam terus membongkok untuk mengangkat getah paip. Walaupun tidak berat barang yang diangkat tapi kata doktor tadi caranya adalah salah.Tidak boleh membongkok terus, mesti bengkokkan lutut dulu. Bukan tak pernah tahu bahawa cara itu salah dan dulu juga dah pernah terkena sekali... alasan yang diberi kepada doktor ialah LUPA.
Ni cara yang betul.
Sebab lupa dan kerana tergesa-gesa juga menyebabkan hari ini terpaksa mengadap doktor lagi. Sakitnya masih ada dan keadaan ini memaksa untuk mengambil cuti hari ni.
Ni pulak cara ibuintan semalam... tu yang ligamen tu tegang. Bila duduk atau baring tidak terasa sakit tapi bila bangun dari duduk atau hendak berjalan terasa tegang hingga ke kaki. Intan kata 'ibu jalan macam orang ngandung sembilan bulan"
Harap sakitnya tak berpanjangan. Kesian anak-anak murid hari ni, dah lah hari ni juga ramai cikgu yang keluar kerana menghadiri taklimat petugas pilihanraya pagi ni. Eh ... ibuintan juga salah seorang petugas tu.
Doakan ibuintan cepat sembuh ye!
Ahad, 3 Februari 2013
Kesakitan yang tiba-tiba.
Assalamualaikum.... kita hanya mampu merancang. Pagi tadi rancangan awalnya ibuintan akan ke surau berhampiran rumah kerana ada majlis sambutan Maulidur Rasul yang dianjurkan oleh pelajar Tahfiz. majlis ini diketuai oleh imam satu masjid kariah di sini. Majlis berlangsung pada pagi tadi.
Malangnya, hajat ibuintan tidak kesampaian. Dah bersiap tadi, sebelum ke surau ibuintan teringin menyiram pokok orkid dahulu sebab sekarang cuaca agak panas hingga ke petang, pokok cepat kering. Tiba-tiba semasa membongkok untuk mengambil getah paip, pinggang rasa teramat sakit. Terus terduduk di tepi paip itu. Lama juga menahan sakit. Kesakitan yang amat dirasai dibahagian tongkeng hinggakan berjalan terpaksa membongkok sedikit. Tak boleh menegakkan badan pula.
Menjelang petang ni kesakitan masih dirasai terutama bila hendak bangun dari duduk. Namun kesakitannya semakin berkurangan berbanding pagi tadi.
..... dan kepadaNya juga di pohonkan kesembuhannya.

Langgan:
Catatan (Atom)