Namun orang tua-tua dulu yang kretif telah mengambil dan menggunakan bahan yang terdapat dipersekitaran mereka yang banyak untuk dicampurkan dalam masakan mereka untuk mendapatkan rasa masam ini. Mereka menggunakan buah-buahan atau dedaun pucuk yang masih muda. Sebagai contohnya…buah gelugor, buah belimbing buluh, buah tomato, buah bacang, buah kuinin, buah mangga dan buah chopu ini sering digunakan. Daun gelugur yang masih muda juga digunakan dalam masakan. Biasanya daun ini diracik halus-halus. Setiap jenis asam ini bila dimasak akan menerbitkan rasa masam dan pedas yang berlainan kepada bahan utama yang disatukan. Bahan utama yang sering dicampur dengan bahan asam ini ialah jenis ikan basah atau ikan salai terutama ikan air tawar , daging salai atau telur itik.
Bab-bab menyalai ni memang feberet orang Negori juga. Tu sebab sapa-sapa yang melalui laluan jalan Pilah Seremban akan jumpa banyak gerai menjual ikan sembilang salai, daging salai, puyuh salai, ayam salai, itik salai ... pendek kata sumo besalai la. Telur itik je yang tak salai. Penjual ni menyalai di gerai mereka di tepi jalan itu juga, biasanya menggunakan arang dan sabut.
Buah yang dah masak berwarna kuning kemerahan. Cantik warnanya bila betul-betul dah masak nanti. Buah yang dah masak ni masih banyak getahnya. Biasanya rasanya juga sudah tidak berapa masam. Boleh juga dimakan begitu saja. Buah yang dah masak ni biasanya selepas dibuang tampuknya akan dipicit sedikit untuk membuang getahnya. Dulu masa bebudak, ibuintan dan kawan-kawan selalu panjat pokok chopu ni, boleh duduk betenggek lagi kat dahan-dahannya di atas pokok sambil makan buahnya yang dah masak ranum. Pokok chopu ni macam pokok manggis, banyak dahan dan cabang tapi dahannya walaupun kecil tapi liat. Memang payah nak patah. Pokoknya juga rendah. Tapi sekarang dah tak ada bebudak yang memanjatnya dah. Dah tak heran langsung. Malah ramai yang tak kenal. Buahnya yang dah masak ranum tu manis tapi bergetah la, lepas makan buah nie komfom bibir bergetah juga sikit…buah chopu ni buah tidak bermusim, sentiasa ada sepanjang masa, jenis buah nadir juga... kalau ada yang mengidam tu senang jugak la nak cari.
Orang-orang Nogori yang duk banda tu kok ado yang mengidam jomputla datang rumah ibuintan... eh rumah jiran la, buah ea tongah banyak tu, tak payah gait, tercapai dek tangan je tu!
Nak yo interprem tu... ni lah saki baki lauk tolo itik semalam, tinggal sebiji lae yang tak habis semalam, nasib baik ado tinggal sebiji ..dapek yo interprem kek sini. Kalau masak telur atau ikan tu letak lah buah chopu ni dalam empat lima biji je, banyak-banyak kang lolap lak mato sebab masam. Tapi biasanya bila dah dimasak tu rasa masamnya berkurangan. Yang sodapnya tu... kuahnya pedas-pedas masam.
.... masa kecik dulu, gulai telur itik ini juga lebih dikenali sebagai lauk kenduri aruah,,... ye lah setiap kali kenduri aruah mesti ada lauk ni.... murah kan!





