Followers

Ahad, 15 Julai 2012

Bertemu kembali.


ASSALAMUALAIKUM.

Tamatlah sudah percutian dan persembunyian ibuintan selama hampir sebulan setengah.  Menyepi dan langsung tidak membuka dan melawat ke mana-mana blog.  Minta maaf kepada semua rakan yang selama ini sentiasa menyokong dan memberi semangat.  Ibuintan hanya bercuti sahaja, tiada apa-apa masalah sebenarnya.  Minta maaf juga kepada rakan-rakan yang ada meninggalkan komen dalam entri yang terakhir sebelum ini yang masih tidak berbalas. Terima kasih kepada Kakchik, Kakzakie, Acik erna, Sal, MP, kak Ibuhani, Tinie, Nza, Kak Wardah, Ina dan OTM.  Dan juga kepada rakan-rakan lain yang  mungkin masih ada yang sudi berkunjung ke laman ini walaupun suasananya makin sunyi dan sepi.

Malam ini sangat terharu bila melihat graf kunjungan rakan-rakan ke blog ini masih ada.  Walaupun tidak dipedulikan oleh tuannya, catatan pengunjung harian masih melepasi 50 paparan setiap hari.  Malah ada yang mencecah 100 paparan di hari-hari tertentu. Terharu sangat bila melihat statistik paparan pengunjung, rasa amat bersalah kepada semua yang masih melawat ke blog sepi selama dalam percutian ini.  Taknak bercuti lagi dah... nak mulakan semula mencatat apa yang patut dan perlu.  Nak berkongsi semua cerita dan berita.  Banyak rasanya, ataupun paling tidak pun mungkin sekadar  berkongsi gambar saja.

Inilah perasaan ibuintan malam ini... gembira dan ceria seperti orkid ibuintan yang baru kembang mekar sejak tiga hari lepas.


Oked Cattleya pink merah pemberian seorang rakan setugas dua tahun yang lalu, mekar sekali lagi, dua kuntum sekali kembang... kembang juga hati tuan yang merawat dan mengasuhnya setiap hari. Trima kasih buat Cikgu Rafidza...




Jumaat, 1 Jun 2012

Cikgu, Jom main plong!

Assalamualaikum.

Habis je periksa, tak kiralah periksa  awal atau hujung tahun budak-budak mesti nak cepat saja bergembira. Macamlah mereka belajar beriya-iya sangat. Macamlah  tensen sangat belajarnya.  Kejadian ini berlaku pada hari Rabu minggu lepas sehari selepas mereka habis mengambil peperiksaan setengah tahun.

"Cikgu" sorang budak perempuan menjerit.  "Survivi, tembak saya".  Hah, terperanjat beruk cikgunya, ingatkan kena tembak dengan senapang patah.  Mana pulak datangnya peluru sesat sampaikan ada yang kena tembak.  Terganggu kejap perbincangan kertas soalan Pendidikan Moral.  Cikgunya dengan penuh semangat mencari punca dan asal peluru sesat itu dalam kalangan 12 orang  murid kaum Asli dalam kelas Pen. Moral.

Hah... akhirnya terbongkar, sorang sukarelawan dengan sukarela tampil ke depan membawa senjata yang telah melontarkan sebutir peluru.  Ala, peluru kertas je, jeritnya je yang lebih.  Siap kau Survivi!.

Rasid Rasidi  bertindak jujur menyerahkan senjata yang telah dibawa secara sembunyi ke dalam kawasan sekolah.  Nilah permainan yang dibawa oleh Survivi salah seorang murid kaum Asli ke sekolah sebaik habis mereka menduduki peperiksaan setengah tahun.  Dan permainan ini pula dibelinya daripada seorang rakan sekaumnya juga dengan harga seringgit.

Permainan ini mengingatkan ibuintan pada senapang buluh yang berpelurukan buah cenderai semasa masih kanak-kanak dahulu.  Peluru buah cenderai lebih menyakitkan bila terkena pada badan.  Terasa peritnya.  Semasa kanak-kanak dulu bila musim permainan ini tiba, budak-budak lelaki akan bermain "perang-perang' menggunakan senapang buluh ini dan kalau ada budak perempuan yang join sekali 'berperang' komfom akhirnya akan menangis.  Mereka akan jadi mangsa peluru buah cenerai ini.  Ibuintan antara yang menangis tu.

Main game senapang buluh ni memang brutal, kalau kena tembak kat pangkal leher, lengan, betis atau badan memang sangat perit.  Kalau kena kat muka lagilah perit... tu yang pernah menangis tu. Hahaha tapi ibuintan rasanya join sekali je lepas tu jeran dah.. tobat tak main lagi.  Dahla rasa sakit dan perit tapi yang lagi sakit bila emak marah dan berleter panjang... mana tak marah habis baju kotor sebab getah cenderai tu.  Buah cenderai itu bergetah dan getahnya bila terkena baju payah nak hilang malah ada yang takkan hilang, baju jadi kotor.  Dah la masa tu baju tak banyak, bukan macam budak-budak sekarang baju silih berganti.


Alaahai.. terkenang lak zaman bebudak dulu. Seronok main, keluar masuk semak perkara biasa saja waktu tu.  Bebudak zaman sekarang main perang-perang depan pc saja.


Inilah rupa senapang buluh yang dibawa Survivi dan budak-budak kaum Asli memanggilnya sebagai "plong'.  Dibuat daripada buluh kecil dan berpelurukan gumpalan kertas. Mungkin ketika bermain di luar mereka menggunakan peluru lain .... mungkin seperti buah cenderai.


Cikgu nak cuba tak? Hahaha ... tak payah, cikgu dulu lagi dah cuba.  So cikgunya tak jadi marah lalu sonyum sensorang sambil mengimbau kenangan lalu. Kat manalah group permainan semasa kecil ibuintan dulu... yang pasti masing-masing telah keluar dengan haluan hidup masing-masing.  Semuanya dah berkeluarga dan bekerjaya sendiri... moga semuanya berjaya dan bahagia dengan kehidupan mereka.