Followers

Sabtu, 31 Mac 2012

Ringkas tapi jaya.


Selesai sudah mesyuarat Agung PIBG petang semalam.  Selesai dengan jaya walaupun persiapan hanya dilakukan bermula pagi semalam sahaja.  Mesyuarat kali ini tidak dipedulikan dan dikesahkan sangat  kerana semangat menanti kehadiran para pegawai pemantauan dari JPNS mengatasi segalanya.  Seperti dalam entri saya sebelum ini, hari Khamis lepas sekolah saya dimaklumkan akan diserbu oleh serombongan pegawai untuk tujuan pemantauan namun sebaik tiba di sekolah pada awal pagi Khamis lepas, kami menerima panggilan telefon bahawa kedatangan para pegawai tersebut telah ditangguhkan.  Ditangguhkan ke dua minggu lagi.  Kena menanti lagi!


Jemputan selaku perasmi majlis datang lebih awal dari jangkaan, ibu bapa penjaga pun baru beberapa orang saja yang sampai, terkejut besar kami,  diluar jangkaan sungguh.


Barisan AJK sambutan kelam kabut sekejap.  Pasukan kompang begitu juga.  Memang lari dari plan asal. Rupanya Dato ada majlis yang lain selepas ini di kampung berdekatan. Petang semalam juga rupanya 2 buah bas mengangkut penduduk kampung yang sebahagian besarnya ibu bapa kepada para pelajar di sekolah ini bertolak ke Program Latihan Transformasi Negara Penggerak Masyarakat Dun Seri Menanti di Kem Bina Negara Tanjung Rhu Sepang.  






Maka dewan yang selalunya penuh setiap kali mesyuarat kali ini kelihatan amat lenggang. Memang jelas kehadiran ibu bapa yang sangat kurang terutama sekali kaum bapa. Pihak JKKK tidak memaklumkan perkara ini kepada pihak sekolah terlebih dahulu.  Nasib baik Dato memahami keadaan ini yang tidak disengajakan...   ibu bapa yang tidak hadir rupanya pergi berkursus di Kem Bina Negara selama 3 hari 2 malam...  persiapan menjelang PRU rasanya.


 Pendaftaran.


Antara ibu bapa yang hadir.


Diselangseli dengan cabutan nombor bertuah.  Disebabkan kehadiran yang kurang maka saya pun dapatlah merasa nombor bertuah kali ini.  Dapatlah sebungkus biskut lemak manis. Walaupun bagaimanapun majlis tetap berjalan dengan lancar dan jayanya.


Seperti biasa inilah  'lopak wajib ibuintan' ... jamuan!





Selasa, 27 Mac 2012

Pantaulah... tak heran dah!

           !!!!!!!!!. ALASAN .!!!!!!!!!!
  

Isnin lepas, pemantauan oleh 6 orang pegawai dari PPD. Lusa pula dikhabarkan 9 orang lagi akan datang. Pegawai dari Jabatan Pelajaran pula.  Pantau apa lagi la ni!! Maka ... mesti buat itu.... mesti buat ini......., nak fail itu....... nak fail ini....  tu dah siap?? ... yang tu dah ada??


Tak kisah, 'kita' bukan jenis tak buat kerja, jemputlah datang, amat dialu-alukan.  Kita sama-sama yang menurut perintah.  Dah tak heran setiap tahun dah alaminya.  Buat apa peningkan kepala, stress lagilah taknak.  Nanti tak pasal-pasal darah tinggi pulak.  Sapa yang susah!!  Sendiri jugak!

Mood;  mutakhir ini jarang mengadap blog sebab sedang menolong kakak ipar menyiapkan langsir rumahnya.        
Ada beberapa keping lagi yang masih belum siap, kesian pula sebab kakak ipar juga bekerja.  Kakak ipar akan menerima menantu bulan Mei nanti.  Sekadar menghulurkan bantuan untuk menjimatkan belanjanya daripada mengupahnya kepada orang lain.