Followers

Ahad, 11 Mac 2012

Sekolah ke tiga ... pilihan yang tepat.

Cuti persekolahan seminggu telah bermula. Bermakna telah dua bulan setengah saya telah bertugas di sekolah baru.  Sekolah di kampung sendiri. Makin jauh sikit dari sekolah sebelum ini.  Bertambah 3km dan makin masuk ke dalam.. 'ke hulu'kata orang dulu-dulu. Persekitaran baru dan suasana juga baru.

Ini merupakan sekolah ke tiga saya sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam bidang perguruan. Sekolah yang makin kecil bilangan muridnya.  Kalau sebelum ini di dua sekolah  gred A gurunya ramai maka beban tugas juga berkurangan berbanding di sekolah kini yang mempunyai 18 orang guru saja. Tu sebab selain menjadi guru kelas saya juga mendapat tanggungjawab menguruskan 3 bilik khas.  .


Sekolah ini baru mendapat dua blok bangunan yang siap tahun lepas.  Ini menyebabkan semua guru kelas dan guru yang memegang bilik khas mempunyai banyak kerja tambahan. Banyak sangat rasanya.. banyak yang perlu diuruskan untuk setiap bilik khas selain bilik darjah sendiri. Dua blok bangunan baru ini lengkap dengan bilik-bilik khas untuk setiap subjek, sebahagiannya berhawa dingin.  Memang beruntung murid-murid disekolah ini.. mereka belajar dalam suasana yang sungguh selesa


Sekolah saya yang baharu ini kategori gred C, murid-muridnya lebih kurang 150 orang dan satu pertiga daripadanya ialah murid-murid Asli dari perkampungan asli Langkap.  Pertama kali mengajar anak-anak berketurunan orang Asli.  Pengalaman baharu juga buat saya.  Tahun ini saya menjadi guru kelas tahun dua. Murid-murid seramai 19orang dan 9 orang ialah murid asli. Hanya seorang saja murid Asli yang beragama Islam, yang lain tiada agama.  Banyak cerita yang hendak  dikongsi tentang mereka ini,... insyaallah akan dikongsi dalam catatan yang akan datang.



Ada beza tak?  Melayu dan Asli?







Sabtu, 10 Mac 2012

Hadiah pemberian Ammar Haziq dan Nur Damia.. terima kasih, sayang!



Terima kasih kepada adik Ammar Haziq dan Nur Damia serta keluarga.  Tengah hari tadi ke majlis kenduri berkhatan Ammar Haziq. Meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Makanan juga sedap dan enak-enak belaka.  Sebelum balik saya menerima hadiah yang telah disediakan oleh dua bekas anak murid ini iaitu Ammar dan adiknya Damia. Hadiah ini sepatutnya diberi kepada saya pada satu jamuan meraikan perpindahan saya ke sekolah baru pada hujung bulan Januari yang lalu tetapi saya tidak berkesempatan hadir ke majlis berkenaan.  Disebabkan niat kedua beradik ini untuk memberikan juga hadiah ini kepada saya maka  hadiah ini masih mereka simpan.  Terharu sungguh dengan ingatan mereka.

 


Hadiah yang telah selamat dibuka.  "Macam suruh cikgu masak selalu je ni!  Terima kasih sayang.. Ammar dan Damia. Terima kasih juga kepada kedua ibubapanya yang mengeluarkan modalnya.  Moga Ammar dan Damia berjaya dalam pelajaran, berjaya di dunia dan akhirat.  Damia yang bongsu dalam keluarganya adalah antara bekas anak murid saya yang paling manja dengan saya.