Ini merupakan sekolah ke tiga saya sepanjang 23 tahun berkhidmat dalam bidang perguruan. Sekolah yang makin kecil bilangan muridnya. Kalau sebelum ini di dua sekolah gred A gurunya ramai maka beban tugas juga berkurangan berbanding di sekolah kini yang mempunyai 18 orang guru saja. Tu sebab selain menjadi guru kelas saya juga mendapat tanggungjawab menguruskan 3 bilik khas. .
Sekolah ini baru mendapat dua blok bangunan yang siap tahun lepas. Ini menyebabkan semua guru kelas dan guru yang memegang bilik khas mempunyai banyak kerja tambahan. Banyak sangat rasanya.. banyak yang perlu diuruskan untuk setiap bilik khas selain bilik darjah sendiri. Dua blok bangunan baru ini lengkap dengan bilik-bilik khas untuk setiap subjek, sebahagiannya berhawa dingin. Memang beruntung murid-murid disekolah ini.. mereka belajar dalam suasana yang sungguh selesa
Sekolah saya yang baharu ini kategori gred C, murid-muridnya lebih kurang 150 orang dan satu pertiga daripadanya ialah murid-murid Asli dari perkampungan asli Langkap. Pertama kali mengajar anak-anak berketurunan orang Asli. Pengalaman baharu juga buat saya. Tahun ini saya menjadi guru kelas tahun dua. Murid-murid seramai 19orang dan 9 orang ialah murid asli. Hanya seorang saja murid Asli yang beragama Islam, yang lain tiada agama. Banyak cerita yang hendak dikongsi tentang mereka ini,... insyaallah akan dikongsi dalam catatan yang akan datang.
Ada beza tak? Melayu dan Asli?