Followers

Ahad, 19 Disember 2010

Selamat Bertunang.... semoga sampai jodohnya

Semalam menghadiri majlis pertunangan bekas anak murid.

Baru je rasanya, tup-tup dah kerja, dah pun bertunang dan kalau ada jodoh bulan Mac nanti akan langsung majlis nikahnya.

Tahniah diucapkan kepada Fara Azira dan tunangannya Khairi...jejaka kelahiran Cik Siti Wan Kembang.

               Senyuman girang bakal pengantin, insyaallah Mac depan bergelar pengantin.


Sabtu, 18 Disember 2010

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

 Dalam catatan semalam, menulis tentang makanan yang baik - mengikut Sunnah.  Jadi pagi ni, masak mee hoon goreng.

Kalau selalunya sebagai perencahnya, selalu hendakkan nampak mewah dan berbagai variasi, masukan sekali apa yang ada dalam simpanan... ada daging masukkan daging, kalau ada ayam masukkan juga dua tiga kepak, ada udang masukkan juga dua tiga ekor, kalau ada sotong masukkan juga sotong barang sejanggut dua... kononnya nak nampak meriah dan 'kaya'..... riaklah tu.... konon juga ada pilihan.. kalau taknak daging boleh ambil udang, taknak ayam boleh ambil janggut sotong... tapi biasanya sapu semua

Jadi pagi tadi, cuba membetulkan yang biasa dibuat.  Mee hoon goreng hanya diberi perasa ayam saja, walaupun ada udang dalam ais bok....tidak dikahwinkan bersama udang

Kalau tidak silap dulu dah pernah terbaca tentang ni... makanan darat dan makanan laut tidak digalakkan makan sekali ..... contohnya kalau kita masak kari ayam untuk makan tengahari nanti, jangan masak pulak sambal udang sebab bila makan nanti, kita akan makan dua-dua..kari ayam makan sambal sotong pun makan   dua-dua kita bedal...

                           contoh makanan yang berkahwin campur... yang tidak direstui

Menurut penjelasan Ustaz Riduan semalam, maksud makanan darat dan laut ialah makanan yang asalnya berdarah dan bernyawa  (hidup)

 Nabi Muhamad s.a.w menegah kita makan ikan bersama ayam. Ini kerana di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Rupa-rupanya tanpa kita sedar juga, banyak makanan yang kita ambil setiap hari, merupakan punca terjadinya banyak penyakit.. terutamanya 'penyakit orang kaya'yang banyak terdapat pada masa kini...  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit lagi.

Di sini disenaraikan juga cara diet Rasullulah SAW:  

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU  : contohnya KOKTEL


//berdasarkan hasil carian di rumah pak gugel,

/// sama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.. semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dari musibah yang kita cari sendiri..  wallahuaklam