Followers

Sabtu, 16 November 2013

Bila makan bertingkek-tingkek... lemak pun berlipek-lipek.

Secara rasmi buku kedatangan murid untuk persekolahan sesi 2013 ditutup semalam. Tapi itu tidak bermakna buku kedatangan guru juga ditutup, buku kedatangan guru tiada tarikh tutupnya sentiasa terbuka sepanjang tahun.  Minggu depan kursus. Makanya percutian yang telah dirancang awal terpaksa ditunda. Bila anak-anak sudah mula keluar dari alam persekolahan maka mencari tarikh untuk bercuti juga menjadi rumit rupanya. Kalau dulu cuti sekolah sahaja, bila-bila masa saja boleh merancang percutian keluarga.  Tetapi kini bila Along dan Intan sudah belajar di IPT maka cuti mereka sudah tidak selari dengan cuti sekolah lagi.. tak bestnya!

Sepanjang minggu terakhir persekolahan ialah hari-hari menambah kalori yang 'bertingkek-tingkek'. Setiap hari ada jamuan kelas, makan free hari-hari. Makan makan dan makan, makin berkembang biaklah lemak yang sudah sedia ada sedangkan  usaha  untuk mengawal  pembiakannya langsung tiada.

Dimulai jamuan di Pra sekolah bersama ahli waris.



 Hari Isnin jamuan kelas tahun 2... rajinnya cikgu kelas ni masak, macam-macam ada..


Selasa. .. jamuan kelas tahun satu... cikgunya malas masak, ode saja.
 

Rabu.. jamuan kelas tahun tiga... nasi ayam spesel hasil tangan mak mertua cikgu kelas tahun tiga


Hari Khamis... hari anugerah kecemerlangan..  macam-macam ada sumbangan ibu bapa murid.

Jumaat .... hari terakhir.. jamuan tahun enam bersama meraikan GPK HEM yang akan bersara hujung tahun nanti..





Selamat bersara kepada Tn Hj Sulan...

.... Jadi kesimpulannya sepanjang minggu terakhir lepas adalah minggu 'letih lesu dek makan' selain letih dek menguruskan  majlis hari anugerah kecemerlangan murid..  Alhamdulillah..




6 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Masya-Allah cikgu... banyaknya juadah. Kakak tek kelip mata tengok. Sedap-sedap belaka. Masa makan mana ingat lemak, yg sedap bila masuk tekak aduhai...:)

NzA berkata...[Reply]

aduyai kak, mmg hancur semua diet2 kita..mana tahan tengok je kn....

Unknown berkata...[Reply]

Fuhhh...best2..memang bertengkek2 lemak melekat kat badan hehe

ummiross berkata...[Reply]

Selalunya macam tulah kan ibuintan, sekolah dah cuti, cikgu masih belum dapat cuti sepenuhnya.
Alamaaak!!!, makanan tu ibuintan, semuanya sedap-sedap belaka, ni yang best bila ada jamuan akhir tahun kan, meriah suasana, meriah juga makan-makan..

azieazah berkata...[Reply]

Wahhh kira canggih la tu. Makanannya hebat hebat dan sedap belaka.

Anak-anak saya, minggu terakhir tu pun sibuk dengan jamuan juga. Dan cikgu depa ramai yang tak bawak apa pun, semua soh murid bawak. Hahahah ada cikgu rajin, ada cikgu malas.

عبده العمراوى berkata...[Reply]




شركة كشف تسربات المياه بالخبر
شركة تنظيف شقق بسيهات