Kolam ikan ini kepunyaan bapa saudara biras ibuintan. Tuan punya banglo warna oren di seberang kolam itu. Banglo itu baru siap. Mesti bisnes kolam ikannya sangat menguntungkan. Pertemuan dan percintaan adik ipar ibuintan juga bermula di kolam ini. Adik ipar ketika itu hobinya memancing, setiap petang datang memancing ke sini. Kolam ini seperti kolam ikan yang lain, pengunjung yang datang memancing dikenakan bayaran. Ibuintan tidak pasti pula berapa bayarannya untuk setiap kali masuk. Setiap bulan pula diadakan pertandingan memancing atau jackpot. Ada hadiah disediakan dan adik ipar pernah memenangi sebuah kipas angin duduk sebagai hadiah saguhati. Dengarnya ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Dan seperti usikan rakan-rakannya dihari perkahwinannya, isterinya adalah hadiah utama jackpot yang dimenanginya. Setelah berkahwin minat memancing adik ipar pun hilang...
Kan tenang dan damai je melihatnya. Ibuintan pun sebenarnya suka juga memancing, pernah juga mengikut suami memancing sesekali dahulu. Tapi kini suami pun dah jarang juga pergi memancing. Pancing dah lama tersimpan dalam stor.
Demi menunaikan impian besar, dapat yang kecil pun jadilah. Hendak tak hendak terpaksa juga suami membuatkan kolam kecil di sudut halaman rumah. Dapatlah setiap petang duduk bersantai memberi ikan makan.
Penghuni setianya ialah Debab, seekor ikan kaloi yang sudah lebih 7 tahun dipelihara. Asalnya hanya sebesar dua jari namun kini lebih sekilogram beratnya. Boleh tahan jugak garangnya ni. Jangan cuba-cuba mengocak air kolamnya cepat sahaja datang melurunya. Makanan utamanya selain kangkung ialah bunga raya. Bunga raya dibiarkan kembang, dah petang petik dan berikan pada Debab. Suka sangat Debab, sekali masuk mulut saja sekuntum tu.
... tidak salahkan mempunyai impian?
5 ulasan:
Impian IM masih tak kesampaian...
Saya pn suka tgk ikan berenang
Setakat ni cuma mampu bela dlm akurium je kak.
Kak Zai pun cuma ada kolam ikan yang kecil tempah kat Sungai Buloh.
Olala..besarnya kolam ikan tu. Memang best kalau ada kolam ikan macam ni kan, ummi doa kan impian ibuintan tercapai jua, insyaAllah.
assalam... saya memang suka ikan...apa saja berkenaan ikan...siang ikan, makan ikan, pancing ikan... cuma cuci akuarium saya malas sikit..hehee
Catat Ulasan