Followers

Isnin, 23 September 2013

Makan berhidang di bawah khemah tidak praktikal.

Lokasi :  Di bawah khemah bertemakan kuning biru di sebuah taman perumahan di  Seremban.

Tarikh :  21 September 2013

Acara :  Majlis perkahwinan.

 Punyalah sibuk abang bertopi chef yang tinggi tu ke hujung ke pangkal khemah mempelawa tetamu makan. Sanggup mengiringi tetamu sehingga duduk di kerusi yang disediakan.

Tetamu terus dibawa ke meja yang telah tersedia hidangan untuk empat orang.

 
Selesai makan, meja akan dikemaskan dengan segera dan segera pula ditukar  dengan hidangan yang baru untuk tetamu yang lain pula. Silih berganti begitu.  Semuanya berjalan lancar dan teratur.


Sementara menunggu rombongan pengantin sampai, ibuintan serta adik ipar duduk dibahagian tepi khemah.  Sedang berbual-bual ibuintan didatangi seorang wanita, spontan dia bertanya "dah makan?  Ibuintan menjawab 'sudah'. Tanpa diminta, wanita itu terus berkata,' I tak suka makan stail gini, bagi I tak praktikal untuk majlis seperti ni. I rasa mesti ada guest yang tak dapat makan ni.  Kawan I pergi ke satu majlis wedding tu tak dapat makan tau'  Disebabkan terkejut dengan perbualan yang tidak disangka tu maka ibuintan serta adik ipar hanya mampu membalas dengan senyuman sahaja.  Mungkin kerana melihatkan tiada respon balas daripada ibuintan atau adik ipar maka wanita itu pun berlalu pergi.  Makanya ibuintan atau adik ipar menjadi tanda tanya pula apa motif atau moral of the storynya wanita itu berkata sedemikian. Apanya yang tak praktikal tu?


 Bersangka baiknya - mungkin wanita itu jarang-jarang atau tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin di bawah khemah, mungkin majlis yang dihadirinya majlis di dewan atau ballroom hotel sahaja.  Mungkinlah ... tapi gayanya, pemakaiannya dan stailnya taklah pula menunjukkan dia hanya layak ke situ saja. Tapi kalau dihotel pun makanan dah siap dihidang juga.  Macam-macam ragam manusia ni, kalau dah jenis suka mencari cacat cela orang walau apa cara pun tetap nak menghentam orang juga.

Bagi ibuintan sebagai tetamu tiada cacat celanya cara makan yang berhidang begitu.  Sangat cantik dan teratur segalanya.  Pekerja katerer tu pun ramai dan masing-masing dengan tugas masing-masing yang telah diaturkan.  Tiada masalah juga kalau nak tambah nasi atau lauk, minta saja.  Segera dihantar ke meja.



... kenapalah masih ada antara kira  tidak cuba  membayangkan betapa sukarnya pihak tuan rumah berusaha untuk memuaskan semua tetamu, betapa banyaknya perkara lain yang perlu diuruskan juga... tidak bolehkah kita cuba menutup kekurangan majlis sekiranya ada...




12 ulasan:

Kakcik berkata...[Reply]

Begitulah kalau buat kenduri. Ada saja cacat celanya dimata orang... :(

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

cara hidangan macam tu mukin lebih kosnya....
lagi elok..kita tak payah beratur

Zaitun berkata...[Reply]

Memang susah nak puaskan hati semua pengunjung/tetamu.

Zulfadly berkata...[Reply]

salam ibuintan, rasanya normal je, maybe org tu x pernah rasa pengalaman mcm ni kot, dulu kecik2, penat jadi penanggah, lagi meriah, masa tu takdenya istilah buffet ni, hehe

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Bagi saya ok aja sistem makan hidang macam tu...rasa di layan....:)

nyanyisunyi berkata...[Reply]

Dah sangat lama rasanya tk makan berhidang mcmtu kat kenduri kwen..best juga tk payah beratur..

ummiross berkata...[Reply]

Susah kalau ada yang bersikap begitu kan ibuintan, suka melihat kekurangan, maka kekurangan lah yang nampak pada matanya.
Tuan rumah pasti dah usahakan yang terbaik, memang kita patut hargai.

NzA berkata...[Reply]

Sukar nk puaskn hati semua pihak. Yg pnting apa yg dirancang brjln lancar..

BUNDA a.k.a KN berkata...[Reply]

assalam, dah jarang jumpa makan berhidang begini dibandingkan zaman 50an - 80an dulu..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

makan berhidang lagi kelas daa. beratur so tak best. angkat pinggan bila nak tambah.so tak kena gaya..
makan berhidang ni bertahun tahun lamanya only recently org tak larat nak cari penanggah atau hire extra hands nak menghidang. sbb costs..

insan marhaen berkata...[Reply]

bagi IM, makan cara buffet lebih mudah.

hainom OKje berkata...[Reply]

berhidang ni lagi senang, boleh terus makan kalau ada tempat hehe...Tapi kena ramai pelayan....

Apa pun nama pun manusia biasalah tu II