Followers

Sabtu, 21 September 2013

Suka hati den la!

Seminggu tak buka blog. Aleh-aleh pagi ni rasa nak post entri lepas geramlah pulak. Ni semua berpunca dari mesej diinbox yang diterima daripada salah seorang kawan fb.  Yang buat ibuintan geram tu ialah suka hati makbapak dia je mengkondem ibuintan sebab suka mengepos gambar kucing di instagram.  Suka hati ibuintan la kan.  Dah kucing-kucing tu ibuintan yang punya. Dah memang sejak Azali, sejak lahir ibuintan memang dah suka dan sayangkan kucing. Yang dia nak marah dan rasa tak selesa buat ape.  Rasanya pose kucing-kucing tu tak ada pun yang perlu ditapis atau disensor, tak ada yang lucah pun. Nak tengok, tengok.. tak nak tengok.. blah je la!

Yang pelik tu siap dia kutuk lagi kata ibuintan ni berlagak konon baik hati sebab sayangkan kucing. Memang sakit jiwa la si Minah ni. Jalan penyelesaian utama ibuintan dah unpren dia di facebook, block terus. Kalau dengan gambar kucing pun dia boleh meroyan, sakit mata, baik tak payah berkawan dengan orang macam tu.  Tak rugi  pun rasanya tak berkawan dengannya.









Ini antara gambar yang pernah ibuintan masukkan di Instagram.  Dalam simpanan ada beratus lagi.  Rasanya lebih baik post gambar kucing daripada gambar orang... bukannya ada aurat pun yang hendak dijaga.  Kalau gambar orang perlu juga menjaga adab dan aurat orang tu.  Ni kucing seekor haiwan... haiwan kesayangan Nabi saw pulak tu.  Macam-macam la perangai manusia ni.

Dirumah ibuintan memang sekarang ni meriah dengan kucing-kucing.  Ada sembilan ekor semuanya.  Asal induknya dari kucing yang terbiar, yang datang ke rumah. Mula-mula beri makan di luar rumah, lama-lama jadi tersangat jinak terus tinggal menetap di rumah ibuintan.  Kalau dulu mulanya hanya ibuintan seorang yang sukakan kucing tapi kini seluruh ahli rumah dah suka dan sayangkan kucing.  Alhamdulillah.


...kucing-kucing inilah penerima sedekah kami setiap pagi, bangun pagi saja terus memberi mereka makan, mereka menerima sedekah kami  tanpa membanding beza antara makanan mahal atau murah, sedap atau tidak..



10 ulasan:

Kakzakie berkata...[Reply]

Ohoho... ada juga manusia macam itu ye cikgu. Kakak rasa dia sesaja sakit hati dgn cikgu tak...

Ibu Lala berkata...[Reply]

Lo awat jd camtu. Nak dengki apanya kan. Instagram kita suka hati la kita nak letak apa. Manusia manusia

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Manusia,mmg macamtu...kadangkala,benda yg kita tak sangka yg perlu dihasad dengki kan pun, ada yg hasad..:) Abaikan aja orang mcm tu cikgu

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau dah dengan kucing pun sakit hati apalagi kalau ibuintan post gambar2 yang dia tak mampu ada atau beli haha...

NzA berkata...[Reply]

saya pn tiba2 jadi geram baca n3 ni kak..apa masalah minah tu meroyan..xpasal2 sy pn turut emo sbb saya pn peminat kucing mcm akak..xpasal2 nak marah pulak.....sabarlh wahai hati.....

ummiross berkata...[Reply]

Ibuintan..ummi pun peminat kucing, kalau dapat tengok gambar kucing hati lagi tenang, lagi banyak lagi suka.

Acik Erna berkata...[Reply]

La..comel2 tu..apahal pulak dia nak meroyan.
Memang tak de perasaan..bila dah berani inbox ibuintan

Tanpa Nama berkata...[Reply]

salam
nabi pon suruh kasihankn haiwan.

Tanpa Nama berkata...[Reply]

bagus tu khidmat kebajikan pada makhluk Allah swt. esok kat pdg masyhar binatang ni suma saksi..keikhlasan umat nabi saw menjaga mereka

hainom OKje berkata...[Reply]

Anak OKje cukup suka dengan kucing ni II.... semua kucing dikata comel...Malam nanti adalah kucing yg menunggukat belakang rumah tu