Followers

Sabtu, 14 September 2013

Hajat hati nak yang besar, dapat yang kecil pun jadilah.

Hari raya lalu ibuintan dan suami beraya ke rumah biras (isteri adik ipar).  Sambil beraya sambil melawat emak biras yang sedang sakit.  Emak biras ibuintan disahkan mengidap sakit radang saraf, sendi-sendi dibahagian kakinya membengkak.  Kami sampai lebih kurang pukul enam petang.  Rumah biras di atas bukit.  Di hadapan rumahnya ada sebuah kolam memancing  yang agak luas.  Sangat cantik seperti yang ibuintan selalu angankan mempunyai sebuah rumah yang mengadap kolam ikan.  Petang-petang sambil berehat sambil memberi ikan-ikan makan.  Waa tentu best.  Pasti seronok melayan ikan-ikan makan.




Kolam ikan ini kepunyaan bapa saudara biras ibuintan.  Tuan punya banglo warna oren di seberang kolam itu. Banglo itu baru siap. Mesti bisnes kolam ikannya sangat menguntungkan. Pertemuan dan percintaan adik ipar ibuintan juga bermula di kolam ini.  Adik ipar ketika itu hobinya memancing, setiap petang datang memancing ke sini.  Kolam ini seperti kolam ikan yang lain, pengunjung yang datang memancing dikenakan bayaran.  Ibuintan tidak pasti pula berapa bayarannya untuk setiap kali masuk. Setiap bulan pula diadakan pertandingan memancing atau jackpot.  Ada hadiah disediakan dan adik ipar pernah memenangi sebuah kipas angin duduk sebagai hadiah saguhati.  Dengarnya ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Dan seperti usikan rakan-rakannya dihari perkahwinannya, isterinya adalah hadiah utama jackpot yang dimenanginya.  Setelah  berkahwin minat memancing adik ipar pun hilang...




Kan tenang dan damai je melihatnya. Ibuintan pun sebenarnya suka juga memancing, pernah juga mengikut suami memancing sesekali dahulu.  Tapi kini suami pun dah jarang juga pergi memancing.  Pancing dah lama tersimpan dalam stor.


Demi menunaikan impian besar, dapat yang kecil pun jadilah. Hendak tak hendak terpaksa juga suami membuatkan kolam kecil di sudut halaman rumah. Dapatlah setiap petang duduk bersantai memberi ikan makan.



Penghuni setianya ialah Debab, seekor ikan kaloi yang sudah lebih 7 tahun dipelihara.  Asalnya hanya sebesar dua jari namun kini lebih sekilogram beratnya.  Boleh tahan jugak garangnya ni.  Jangan cuba-cuba mengocak air kolamnya cepat sahaja datang melurunya.  Makanan utamanya selain kangkung ialah bunga raya.  Bunga raya dibiarkan kembang, dah petang petik dan berikan pada Debab.  Suka sangat Debab, sekali masuk mulut saja sekuntum tu.



... tidak salahkan mempunyai impian?

5 ulasan:

insan marhaen berkata...[Reply]

Impian IM masih tak kesampaian...

NzA berkata...[Reply]

Saya pn suka tgk ikan berenang
Setakat ni cuma mampu bela dlm akurium je kak.

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun cuma ada kolam ikan yang kecil tempah kat Sungai Buloh.

ummiross berkata...[Reply]

Olala..besarnya kolam ikan tu. Memang best kalau ada kolam ikan macam ni kan, ummi doa kan impian ibuintan tercapai jua, insyaAllah.

Abi Al-Baihaqi (RKA) berkata...[Reply]

assalam... saya memang suka ikan...apa saja berkenaan ikan...siang ikan, makan ikan, pancing ikan... cuma cuci akuarium saya malas sikit..hehee