Followers

Rabu, 2 Mei 2012

Wahai jiranku... jagalah juga hati jiranmu.


Rasulullah s.a.w sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran, sentiasa berbakti dengan jiran serta memuliakan jiran.

"Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya"

Setiap kali ribut, ibuintan  sekeluarga sering dilanda kebimbangan melihatkan  buaian pokok kelapa di tepi pagar, kepunyaan jiran sebelah yang jaraknya tidak sampai 10 ela dari rumah kami.  Dah beberapa kali beri bayangan agar pokok kelapa ini ditebang namun hingga kini jiran masih membisu dan tiada sebarang tindakan di ambilnya.  Serba salah dibuatnya.  Bimbang sangat bila menengokkan lenggoknya yang berbuai-buai bila ribut dan angin kencang.  Ibuintan masih bersabar demi menjaga hati jiran tapi abahintan pula dah hampir hilang sabar.. bimbang dengan kemungkinan buruk andai ditakdirkan pokok kelapa ini tumbang ke arah rumah kami.

 Memang bimbang sangat apalagi melihatkan buahnya yang lebat serta pelepahnya yang banyak.  Memang merunsingkan. Namun apalah daya ku!          




6 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Bahaya tu ya ibuintan...

kaklong berkata...[Reply]

cakap susah tak cakap pun susah...aiyoooo!

Alin Marlini berkata...[Reply]

ibu...berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Alin paham situasi ibu tu..kalau dah jadi baru dorang tau. cubalah slow talk bu...

ibuintan berkata...[Reply]

tu lah CkLah... dekat sgt ngan rumah, bimbang juga bila ribut

ibuintan berkata...[Reply]

osh tu Long.. sobo salah jadi ea

ibuintan berkata...[Reply]

nak slow talk tu payah jugak lin... jiran ni warga emas, susah nak paham, nak cakap lebih2 takut disalah erti pulak