Followers

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru.



SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan bloggers yang bergelar guru secara formal ataupun informal kerana setiap kita adalah guru kepada anak-anak, ahli keluarga, jiran, rakan juga masyarakat setempat.

Hari ini merupakan kali ke 24 ibuintan berada dalam majlis sambutan hari guru secara rasmi. Majlis bergembira bersama warga sekolah, lupakan seketika hal-hal rutin tugas rasmi.  Murid-murid pula lupakan seketika peperiksaan tapi jangan lupa, esok periksa pertengahan tahun disambung semula, jadual periksa hari ini ditunda ke hari Selasa minggu depan.

Majlisnya macam biasalah, lebih ke arah aktiviti memesrakan lagi murid bersama guru-guru mereka, aktiviti bermain bersama, gelak tawa bersama, makan-makan, murid nyanyi cikgunya juga nyanyi tapi lagu wajib je la..tak lupa juga pemberian hadiah ikhlas daripada anak-anak murid.

Setiap kali menyambutnya sebanyak 24 kali, suasana dan perasaan yang dirasai tetap tidak sama, namun ibuintan sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan ibuintan berada dalam bidang ini. Moga rahmat dan izinNya akan terus memberi kekuatan buat ibuintan bertugas dengan lebih baik, lebih cemerlang dan lebih kuat dalam menghadapi situasi yang semakin mencabar.  

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru-guru yang pernah mendidik dan memberi ilmu dunia dan akhirat kepada ibuintan selama ini. Guru yang pernah memberi ilmu secara formal ataupun tidak formal, begitu juga kepada kedua arwah ibubapa yang merupakan guru terhebat buat ibuintan.. alfatihah mak abah. Arwah abahlah pendorong kuat ibuintan menceburi bidang ini.. terima kasih abah, pilihan abah memang tepat, ibuintan tidak menyesal menolak peluang yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan yang pernah ditawarkan suatu ketika dahulu. 

Terima kasih juga buat semua rakan-rakan sejawat, anak murid, bekas anak murid serta penjaga yang menghantar ucapan, kiriman kad serta cenderahati, moga kita kekal bersahabat dan bersaudara    
selamanya.  






21 ulasan:

Mohamad berkata...[Reply]

Selamat Hari Guru Ibuintan.. semoga cg sentiasa cemerlang walau di mana sahaja berada..

Pn Kartini berkata...[Reply]

Selaamt Hari Guru BUat IbuIntan:)
Comel anak2 lam gambar..cute semua!

Acik Erna berkata...[Reply]

selamat hari guru buat ibuintan..jasa guru sentiasa dikenang.

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

selamat hari guru IbuIntan..:)

Byk ke dpt hadiah?

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu Mohamad.. trima kasih, selamat hari guru juga buat cikgu

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Tinie... tq, slamat hari guru juga buat Tinie, moga Tinie gembira dan sihat di sana

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna... trima kasih kak, insyaallah kak

ibuintan berkata...[Reply]

Doc DD... trima kasih Doc, ada juga la yang memberi

Citarasa Rinduan berkata...[Reply]

selamat hari guru bt ibuintan

sal berkata...[Reply]

selamat hari guru buat ibu Intan juga..moga kita semua kuat, ceria menjalani kehidupan sebagai yg telah ditakdirkan ini..amin

NzA berkata...[Reply]

Selamat Hari Guru kak...moga kita terus diberi kekuatan utk menempuhi hati2 mendatang....InsyaAllah...

ummiross berkata...[Reply]

Walaupun terlewat, nak ucap juga selamat hari guru buat ibuintan..
Seronok kan dapat bergembira dan beramah mesra dengan murid-murid pada hari guru, ummi masih merindui saat2 itu..

Alin Marlini berkata...[Reply]

Selamat Hari Guru Ibu...

Kakzakie berkata...[Reply]

Walau kakak dtg agak lewat namun dari sini juga kakak nak titip ucapan "SELAMAT HARI GURU" buat cikgu. Dah 24 tahun huh lama tu... memang dah masak bab kerenah anak-anak murid kan cikgu...

MulutPayau berkata...[Reply]

ibuintan...

Selamat hari guru....(maaf terlawat datang ke sini)

Kunang-Kunang berkata...[Reply]

Salam Ibu Intan,

Selamat Hari Guru untuk Ibu Intan. Jasa yang ibu intan curahkan dalam mendidik anak-anak kita mudah2an diberi ganjaran di 'sana' kelak oleh Allah.

kasihibu berkata...[Reply]

selamat hari guru buat ibu intan dan juga guru guru di malaysia

kasihibu berkata...[Reply]

selamat hari guru buat ibu intan dan juga guru guru di malaysia

Kump. Adik2 Keluar UMNO berkata...[Reply]

Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
2~BUKTI 2 * (HOT)
3~BUKTI 3
4~BUKTI 4
5~BUKTI 5 * (HOT)
6~BUKTI 6
7~BUKTI 7
8~BUKTI 8
9~BUKTI 9
10~BUKTI 10

~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
(Bukti kukuh)
1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

Tanpa Nama berkata...[Reply]

[url=http://kaufenviagragenerika50mg.net/]preise viagra[/url] viagra generika [url=http://achat-viagra-pascher.net/]commander viagra[/url] viagra bayer en ligne [url=http://comprarviagragenerico100mg.net/]comprar viagra[/url] viagra sin receta [url=http://comprareviagragenerico50mg.net/]prezzo viagra[/url] viagra

Tanpa Nama berkata...[Reply]

[url=http://achetercialisgeneriqueenligne.net/]cialis[/url] cialis commander [url=http://achatcialisenlignegenerique.net/]cialis[/url] cialis france [url=http://acquistarecialisonline1.net/]comprare cialis[/url] vendita cialis [url=http://comprarcialisgenericoonline.net/]cialis[/url] cialis necesita receta