Followers

Sabtu, 10 Mac 2012

Hadiah pemberian Ammar Haziq dan Nur Damia.. terima kasih, sayang!



Terima kasih kepada adik Ammar Haziq dan Nur Damia serta keluarga.  Tengah hari tadi ke majlis kenduri berkhatan Ammar Haziq. Meriah dengan kehadiran ramai tetamu. Makanan juga sedap dan enak-enak belaka.  Sebelum balik saya menerima hadiah yang telah disediakan oleh dua bekas anak murid ini iaitu Ammar dan adiknya Damia. Hadiah ini sepatutnya diberi kepada saya pada satu jamuan meraikan perpindahan saya ke sekolah baru pada hujung bulan Januari yang lalu tetapi saya tidak berkesempatan hadir ke majlis berkenaan.  Disebabkan niat kedua beradik ini untuk memberikan juga hadiah ini kepada saya maka  hadiah ini masih mereka simpan.  Terharu sungguh dengan ingatan mereka.

 


Hadiah yang telah selamat dibuka.  "Macam suruh cikgu masak selalu je ni!  Terima kasih sayang.. Ammar dan Damia. Terima kasih juga kepada kedua ibubapanya yang mengeluarkan modalnya.  Moga Ammar dan Damia berjaya dalam pelajaran, berjaya di dunia dan akhirat.  Damia yang bongsu dalam keluarganya adalah antara bekas anak murid saya yang paling manja dengan saya.


14 ulasan:

ibundo berkata...[Reply]

Salam. Macam tu lah kasih murid pd gurunya. Memang nak kono masuk dapo selalu tu hehe..

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Alhamdulillah. Hadiah yang boleh dimanfaatkan tu. Nanti bila masak, jangan lupakan Haziq dan Damia ya? :)

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Macam mana di sekolah baru ibuintan?

ahmad humairi berkata...[Reply]

Assalamualaikum,

Ini dah jadi murid penyayang ni....diterbalikkan kod guru penyayang.

Tahniah ibuintan!

ibuintan berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
ibuintan berkata...[Reply]

salam Kak Pah... osah tu memang hari-hari masuk dapo tak dapek lari doh, takdo bibik!!

ibuintan berkata...[Reply]

syukur kakcik... memang sentiasa ingatkan semua bekas anak murid, tu memang pasti setiap kali masak guna periuk ni mesti ingat pada mereka

ibuintan berkata...[Reply]

Alhamdulillah.. stakat ni baik dan enjoy, nanti la saya catat dalam blog

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Cikgu.. dua2 penyayang, cikgu ni dah lama menjadi penyayang.. semulajadi takde kempen guru penyayang pun cikgu ni memang dah penyayang... prasan lak tu!

Ibu Yusuf Maryam berkata...[Reply]

Alhamdulillah, murah rezeki ibuintan.. :D

Temuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum, ibuintan
Selamat maju jaya di sekolah baru. Bagusnya hadiah sedemikian rupa. Amat berguna sekali. Lama guna, lama ingatannya.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid berkata...[Reply]

tanda ibu sentiasa di hati anak2 didik :)

NzA berkata...[Reply]

syukur alhamdulillah di atas tanda ingatan tu...Itu tandanya akak seorg guru yg amat disayangi......Bahagia bila disayangi!!!!!

Macam mana sk baru..moga bahagia ditempat baru.....

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Jasa guru tetap dalam ingatan bukan si murid saja tapi kami ibu-bapa juga...