Assalamualaikum, salam 1Malaysia.
Pagi tadi sek. ibuintan mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Semua murid dari pra hingga tahun enam cantik berseri2 dengan pelbagai warna dan fesyen baju. Hari ini semua pelajar hadir dengan memakai baju raya(istilah mereka) dengan silelakinya berbaju melayu dan bersongkok sementara siperempuan pula berbaju kurung dan bertudung. Sungguh seronok melihat gelagat anak2 ni melaram sakan. Macam nak rayalah pulak.
Majlis ini bermula di dataran perhimpunan. Dimulai dengan bacaan doa, berselawat keatas nabi s.a.w, dan di ikuti dengan pertandingan bercerita kisah2 nabi. Seramai 20 mengambil bahagian. Terhibur dengan telatah mereka yang bercerita, ada yang konfiden, lancar, ada yg tergagap2 dan tak kurang juga yang terketar2. Nama pun anak2, macam manapun ibuintan salutt mereka, semangat tuk mengambil bahagian dalam apa2 akt yg dianjurkan berkobar2. Semalam telah dijalankan pertandingan tulisan jawi cantik tuk tahap 1 dan tulisan khat tuk tahap dua. Semua mengambil bahagian.
Setelah tamat pertandingan bercerita, semua plajar dan guru2 sama2 berarak sambil berselawat mengelilingi padang sek. Kemudian semua plajar diberi jamuan ringan berupa mee hoon goreng dan air sirap. Guru2 dan kakitangan sek juga menikmati jamuan ringan yg di adakan di perpustakaan. Ada bermcm2 juadah yg dibawa oleh guru2 dan kakitangan, beraneka rupa dan rasa.
Selepas menikmati jamuan semua plajar dan guru2 berkumpul di dalam dewan tuk mendengar ceramah. Sepatutnya ceramah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan tapi malangnya disaat akhir penceramah berkenaan tdk dpt hadir, so sesi ceramah terpaksalah diambil alih oleh ustaz yg mengajar disek ni sendiri.
Semuanya berjalan lancar dan plajar2 diharap menambahkan rasa kecintaan kpd rasullullah s.a.w dengan sentiasa mengingati perjuangan baginda dlm menegakkan sinar Islam dan menjadikan selawat mainan bibir mereka.
wassallam.
1 ulasan:
salam intan ... terimakasih turut serta dlm giveaway di blog akak
Catat Ulasan