Hari Khamis lepas kami sekeluarga bercuti sehari ke Port Dickson. Bertolak seawal pukul sembilan pagi dari rumah. Kami pergi dua keluarga, keluarga ibuintan dan keluarga adik. Melayan anak-anak yang hendak mandi laut. Tetapi di sana kami lebih banyak menghabiskan masa dan mandi di kolam saja sebab mengenangkan cuaca yang sangat panas sekarang ni. Sampai saja di Port Dickson kami terus ke Mayang Sari Resort. Kami tidak menginap di sana cuma kami pergi mandi manda di kolamnya saja.
Sebab budak ni... kami memilih mandi di kolam saja tak ke laut.
Puas anak-anak mandi dan berendam dalam kolam ni. Orang pun tak ramai hanya ada beberapa keluarga lain saja yang mungkin menginap di sana. Bila tinggal hanya kami saja, apalagi semua pun turun ke dalam kolam. Berendam sepuas hati, ditambah pula cuaca tidak berapa panas.
Dah puas mandi, apalagi buka bekalan yang dibawa. Berkelah pula di wakaf yang disediakan. Macam-macam bekal ada... ibuintan siap bawak mangkuk tingkat tu, senang angkut satu bekas saja tapi isi lain-lain. Keluarga adik pula bawa nasi berlaukkan rendang ayam.
Kami di sini sampai pukul dua setengah petang. Dari sini kami ke Dataran Teluk Kemang pula. Dah sampai PD mesti nak ke sini jugak. Anak-anak adik nak main di pantai pula. Di Bagan Pinang tempat yang kami singgah pada awalnya, laut ketika itu masih surut, airnya jauh ke tengah lagi jadi anak-anak tak dapat bermain air di pantai.
Adik dan isterinya melayan dua anaknya bermain air.
Anak-anak ibuintan pula melayan anak tekak dengan air batu campur... memang sesuai sangat dengan cuaca yang panas di pantai tu.
Ibuintan dan suami pula hanya membuat lawatan gerai ke gerai saja dan sebagai kenangan belikan anak adik baju berlambangkan PD untuk dipakai seharian.
Gerai ini yang paling menarik minat ibuintan. Mulanya sekadar menjeling-jeling saja ke gerai ni, namun akhirnya tewas juga. Terpaksa juga melayan tekak.. air liur dah kecur... tiga peket RM5. asalnya pilih tiga peket saja tapi yang keluar RM10 dari poket maka dari tiga menjadi enam. Hehehe ,.... ibuintan memang selalu tewas dengan bau air jeruk ni.
Kami menempuh hujan yang amat lebat bermula dari highway PD hingga melepasi Bukit Putus. Selepas Bukit Putus kami menempuh jam pula, dari Bukit Putus ke Tanjung Ipoh kami mengambil masa melebihi satu jam. Hampir pukul enam petang kami selamat sampai di rumah. Syukur selamat sampai walau agak lewat disebabkan jalan jammed.
..... walau sekadar mandi manda di kolam, namun yang penting anak-anak gembira dan enjoy.