Followers

Selasa, 28 Ogos 2012

Tumbang

Mungkin sebab kepenatan dan tidak cukup tidur dan rehat maka ibuintan akhirnya tewas juga. Sejak semalam badan rasa tdak sihat, seram sejuk, kejap rasa panas kejap pulak rasa sejuk, sejak di sekolah pagi semalam dah merasainya.  Lepas waktu persekolahan petang semalam ada pulak taklimat ringkas tentang program pecutan akhir pelajar tahun enam. Nama saja taklimat ringkas tapi makan juga lebih sejam, menjelang pukul tiga suku petang baru selesai, bedengung kepala menunggu taklimat sampai habis.

Balik dari sekolah terus tumbang nasib baik abahintan dah masak nasi dan tapau lauk dari kedai. Telan paracetamol dan terus lelap sebaik habis solat Maghrib, solat isya sempat buat dinihari tadi saja itupun terjaga sebab nak buang air. Pagi ni kepala makin berat dan hidung makin padat, badan juga masih panas dan rasa sakit-sakit semua sendi anggota badan lalu ambik  keputusan untuk ke klinik pagi ni.

Jika dapat cuti sakit, syukur la .... jika tak dapat terpaksalah isi borang cuti rehat khas esok pagi.  Namun syukur sangat doktor yang membuat pemeriksaan sendiri yang offer cuti sakit, terima kasih doc... baiknya hati doc.   Urusan pun berjalan dengan lancar, ibuintan menjadi pelanggannya yang ke empat,  masih awal pagi  belum ramai pesakit lagi.  Tu sebab kot doc tu offer sendiri cuti sakit tu tak macam selalunya pesakit yang kena minta sendiri. Sejam saja semua urusan selesai.

Alhamdulillah... dengan demam ini ibuintan dapat berehat dan dapat menggembalikan semula tenaga yang banyak hilang sejak akhir-akhir ramadan dan awal Syawal yang lalu. Semuanya ketentuan dari Nya juga.

Mutakhir ini ibuintan post entri menggunakan gajet tab saja, so minta maaf atas kesulitan  dan kesilapan jika ada. Hari ni pun gambar yang dipost lain macam pesen ea, tak jumpa camna cara nak rotate lae.  Kena cuba jaya lg ni


Jumaat, 24 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum.....
Mohon maaf zahir batin atas salah silap dan keterlanjuran samada dalam penulisan entri ataupun komen-komen yang dtinggalkan selama ini.

Raya ke enam baru saya dapat membuka blog.  Masalah talian internet berulang semula disamping kesibukan  berhari raya membataskan ruang untuk terus berblog.
Semoga sahabat bloggers sihat dan ceria haberhari raya bersama keluarga, sanak saudara serta jiran tetangga .   Di entri ini saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, walau dah enam hari kita merayakannya.... belom terlambat sangat rasanya..kan.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Tenggelam timbul.

Lenggang. Daripada sembilan orang ahli kumpulan ni hanya dua orang yang muncul.  Tujuh lagi tak hadir.......... kesemuanya murid orang Asli.


Meja dalam kumpulan ini ada juga yang kosong... dua orang Asli dan seorang Melayu.
Nampaknya bulan puasa ni budak Asli lagi letih berbanding budak Melayu yang berpuasa.
Hampir setiap hari sekurang-kurangnya tiga orang budak orang Asli tidak hadir, tanpa alasan atau sebab yang diberitahu atau dimaklumkan kepada guru kelasnya.
Rasanya semua sekolah yang ada pelajar orang Asli mesti menghadapi masalah sebegini.. masalah kerap tidak hadir ke sekolah.  Ada yang setiap minggu hanya muncul dua hari saja, tak kurang juga yang muncul sebulan sekali.  Tiada tindakan yang dapat dilakukan kerana asasnya yang penting anak orang Asli ini perlu bersekolah, janji mau datang sekolah dan tidak tercicir dari alam persekolahan.  Takut nanti terlebih cakap ke, nasihat ke, apa2 je la... terus tak datang lagi, pihak sekolah dan guru-guru pula yang dipersalahkan....  so suka ati kamu laa.  Yang sakit palanya cikgu-cikgunya... bila kerap tak hadir mestilah pencapaian juga lemah, bila ujian, tak lepas...... nasib cikgu laa.  Masak la ngadap soal jawabnya.


Aiman dan Danial ketika gambar ini sempat dicuri tangkap mereka berdua sedang berbual tentang baju raya... Aiman puasa penuh tapi Danial (memakai jam tangan) dah bolos sehari dengan alasan adik sepupu umur tiga tahun datang ke rumahnya sambil makan aiskrim.... tergoda dengan aiskrim pulak! "rugi cikgu, saya dapat makan sikit je" ceritanya sambil ketawa.  Ye la sebatang aiskrim kongsi berdua....... eskrim Melaysia pulak tu, uwannya buatkan.  Kok eskrim koneto tu okey juga lagi.  Inilah anak-anak harapan keluarga......... baik, cergas dan cerdas.