السلام عليكم
Selamat berpuasa di hari kesebelas Ramadhan hari ini. Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan dapat melaksanakan ibadah puasa dan solat dengan sebaiknya. Hari ni tentang telatah anak-anak didik tahun satu yang belajar berpuasa. Di dalam kelas setiap hari bila ditanya ' siapa puasa hari ni?... semua angkat tangan, mengaku berpuasa dengan gembiranya. Bila ditanya lagi 'siapa tak puasa'... ada juga yang mengangkat tangan semula walau tadinya telah mengangkat tangan. Macam-macam cerita yang dapat didengar. Ada yang puasa pagi saja semasa di sekolah, bila sampai di rumah terus makan,... tak tahan lapar. Ada juga berpuasa kerana dijanjikan ganjaran hadiah oleh ibubapa dan ada juga puasa kerana nak baju raya, kalau tak puasa ibubapa tak belikan baju raya.... alasan merekalah.
Ramai juga yang masih bertahan puasa penuh setakat sepuluh hari semalam. Kebanyakkannya murid perempuan dan ada antara mereka berazam mahu berpuasa penuh sebulan. Moga hasrat anak kecil ini akan tercapai, seronok mendengar cerita mereka tentang menu berbuka masing-masing... macam-macam cerita.
Sehingga semalam belum nampak murid membawa bekal makanan dan air ke sekolah, namun mungkin ada yang membawanya tapi makan menyorok, mereka juga tahu malu untuk makan secara terang-terangan.
Lebih kurang pukul 11.45 pagi semalam, sewaktu semua murid di minta berkumpul di depan kelas untuk aktiviti membaca, tiba-tiba perasan seorang murid perempuan telah 'hilang'. Ha'ah.. hilang... jom kita cari!!
Laaaa... kat situ rupanya. Eh.. sempat main sorok-sorok lagi walhal sekarang semua rakan-rakan yang lain sedang membaca di depan gurunya. Apa dibuatnya yee... jom, kita terjah!!
Laaaaa... sedang mengadap sebuku roti rupanya.
Ketika gambar yang ini di ambil, shasa sempat menjerit.......CIKGU JAHAAAAAAAT..
Alhamdulillah... baru boleh belajar dengan tenang.. Semasa ini Shasa masih sempat berkata... SAYA TAK SAYANG CIKGU......CIKGU JAHAT' Hahahaha... Shasha memang seorang murid yang peramah, riuh becok mulutnya , semua benda kalau terlayan dek cikgunya akan diceritakannya. Alasannya semalam ialah...
Abah suruh makan roti tu kalau lapar..
Tau pulak dia menyorok mencari pot yang sesuai untuk makan. Pandai dia menghormati rakan-rakannya yang berpuasa.