Followers

Khamis, 31 Mei 2012

Edisi aktiviti tertunggak.

Assalamualaikum.

Moga sihat semuanya serta dipermudahkan semua urusan seharian.  Maaf sekiranya  makin jarang bertegur sapa.  Mood makin merudum walau banyak yang hendak dikongsi bersama.

Hari ni  nak share gambar-gambar aktiviti yang telah berlaku seminggu yang lalu.

Jumaat. 25hb Mei 2012. Hari terakhir sebelum bercuti, ibuintan mengadakan sambutan hari lahir anak-anak murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mei.  Bila diberitahu dan dicadangkan semuanya bersorak gembira...  ada 7 orang saja yang lahir dalam bulan Januari hingga Mei.  Baki yang lain akan disambut pula selepas hari raya nanti.  Kumpulkan sekali, jimat belanja.  Sekadar memberi ingatan manis buat anak-anak ini untuk dikenang.  Jamuan secara sederhana saja.... potong kek sambil kengkawan lain nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"

              Tujuh  orang tapi sorang tercicir... time potong kek ni Azrul ke tandas, tak perasan.


                       4 Melayu 3 Asli.   Bersama hadiah pemberian ikhlas cikgunya.

Bacaan doa sebelum makan.  Menu utama ialah nasi ayam selain kek, kek coklat dan dadih koktail  sumbangan penjaga,  serta makanan ringan yang lain.



Sabtu dan Ahad.  26 dan 27hb Mei.

Majlis kenduri kahwin anak perempuan kakak ipar di Taman Tasik Jaya, Seremban.


        Tahniah, Ayu dan Roy... moga berkekalan hingga akhir nyawa.



Isnin, 21 Mei 2012

Bulan Istighfar


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN. 
Esok bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab. 
Imam Syafiie rahimahtullah berkata..  ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Jadi marilah bersama-sama di malam ini kita memperbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita serta memakbulkan doa-doa  kita.  Banyakkan juga beristigfar kepadaNya.  Bulan Rejab bulan keampunan. Tambahkan juga dengan puasa sunat bulan Rejab. Insyaallah....