"Kak, saya dah janda sekarang' katanya di hujung talian.
Tanpa sempat bertanya, dia terus bercerita, dia telah diceraikan talak satu.
'Saya suka sangat kak,' katanya lagi.
Ibuintan pernah menulis tentangnya. .DI SINI..
Menurut ceritanya, setelah mengadu ke Pejabat Agama Islam, kedua mereka telah dipanggil untuk sesi kaunseling. Sesi kaunseling kali pertama berjalan lancar. Si suami beriya-iya mengaku masih sayangkan si isteri sementara si isteri pula beriya-iya tidak mahu bersama lagi.
Kaunselor memberi beberapa nasihat dan meminta mereka berfikir semula demi anak dan demi rumahtangga yang telah sepuluh tahun di bina.
Sesi kaunseling kali ke dua. Kedua-duanya hadir. Sebelum kaunselor memulakan sesi mendengar dan memberi nasihat, si suami terus menyatakan hasrat untuk menceraikan isterinya. Walaupun kaunselor masih memberi nasihat supaya berbaik semula, namun suami nekad menceraikan isterinya pada masa itu juga. Terus melafazkan talak satu.
'Apa perasaan kau,' tanya ibuintan.
'Saya lega dan gembira sangat kak,' katanya riang. 'Anak saya dia ambil, saya tak kisah,' sambungnya lagi.
Ibuintan hanya mendengar, semuanya sudah selesai. Akhirnya ,'dah jodoh kamu berdua sampai setakat itu saja, redhalah,' hanya itu komen yang terkeluar.
Sebelum talian diputuskan , "saya dah ada boyfriend baru, kak,'
//senangnya memutuskan yang lama, senangnya mendapatkan yang baru



