Followers

Sabtu, 9 Februari 2013

Orang pangkal.

Mood ......  sibuk

Alasan ea ..... jadi 'orang pangka'

Lokasi  ......   sebelah rumah je.


Selamat Pengantin Baru kepada Netty dan suaminya.  Moga jodoh berkekalan hingga hujung nyawa... selamat berbahagia.




Khamis, 7 Februari 2013

Sobab Ujang lah ni!

Semalam si "Jang'(bukan nama sebenar)  ni lelap dalam kelas. Dia boleh lelap hampir empat waktu pembelajaran, bersamaan hampir dua jam pagi semalam.  Lena yang teramat, sampai keluar air liur bagai.  Baru mengeja dua perkataan, dia dah mula tersenguk-senguk. Bila disuruh ke tandas untuk cuci muka, dia tak mahu.  Tak sempat  tiga kali disuruh cuci muka dia dah terlelap.  Kejutkan dan goyangkan badannya pun dia tak sedar.  Kawan-kawannya  mula mengadu setiap petang pun dalam kelas KAFA  dia lelap.  Ustazah paksa dia cuci muka, muka belum kering lagi dia dah lelap semula.

Ami (nama sebenar), memang menghadapi masalah mudah sangat terlelap. Sejak di kelas PRa sekolah dulu lagi, dia dah menghadapi masalah ini.  Setiap hari tidur dalam kelas. Bising ke, bingit ke, dia tak kesah.  Semasa perhimpunan pagi pun dia boleh terlelap. Tu sebab Ami menjadi  antara murid yang menghadapi masalah pembelajaran di tahun satu ini.  Masih belum kenal huruf.  Ye lah, macam mana nak belajar, asyik lelap.  Bila ditanya, abang-abangnya pun mengatakan di rumah pun begitu juga.   Kata doktor Ami menghadapi masalah tumbesaran dan kekurangan zat makanan.  Abang-abangnya semuanya lincah. Kalau dia dah mengantuk, ibarat kata ,"ditupang kelopak mata pun dia lelap".  Mungkinkah ini juga satu sindrom?



Pagi tadi kelas ibuintan bermula di awal pagi.  Waktu pertama lagi.  Kumpulan yang lemah ini diminta membaca huruf abc di carta di depan kelas.  Ami antara yang dipaksa untuk membunyikan huruf.  lihatlah reaksinya, gambar ke tiga dalam berdiri tu pun dia dah mula nak melelapkan mata.  Tapi pagi tadi dia tidak berjaya melelapkan mata sewaktu kelas ibuintan.  Ketiga-tiga situasinya dalam gambar ini menyakitkan mata  cikgunya.

Sakit mata pada tali lehernya... aduhaii Ami.

Mencabar cikgunya betul.  Dah la cikgunya tak reti ngikat tali leher tu.  Dalam dia dah mula terkebil-kebil tu, ibuintan pun mulalah memaksa tangan montel sendiri mengikatkan tali lehernya.  Beberapa cubaan namun gagal.  Ya lah, cikgunya mana pernah ikat tali leher.  Tali leher anak-anak semua mereka ikat sendiri tak pun tali leher mereka yg dah siap berzip tu.  Hahaha haru jadinya.  Buka tali leher budak lain buat contoh, lastnya tali leher budak tu pun dah tak dapat diikat semula.  Buek malu den yo!

Antara cubaan yang tidak ,menjadi.  Apo lah cikgu ni!.

Sudahnya habis saja kelas, ibuintan bawa mereka masuk makmal komputer.  Ha... kita belajar sama-sama.

Minta tok gugel tolong ajarkan, Ada beberapa cara rupanya, ibuintan pilih yang  di atas sebab yang ni nampak mudah sikit.  Jadi sama-samalah belajar dan mencuba tadi.






  Nasib baik!


Nilah antara ghupo nya hasil pembelajaran online pagi tadi..  Terencat kemengantukan Ami  sekejap tapi dengarnya lepas rehat tadi dapat juga dia melelapkan matanya.


Untuk menyenangkan cikgunya di hari-hari mendatang.

Dah siap dicetak dan tampal di kelas.  Senang rujuk je!

Menjawab komen Pak Ngah dan Doktor DZZ dalam entri sebelum ni.


Tali leher untuk pengawas dan pengawas pusat sumber memang mulai tahun ni ibuintan dah tempah yang jenis berzip ni, memang sangat menyenangkan. Tali leher umtuk murid lain masih menggunakan jenis berikat sebab stok masih banyak untuk dijual.  Nak tempah yang baru jenis berzip mesti jenis tali tidak terjual... rugi lak nanti dah lah kedai buku sekolah tu modalnya kecil.  Harapnya tahun depan semua dah boleh menggunakan tali leher jenis berzip ni... sangkut dan tarik saja... kemas pulak tu.


.....nampak gayanya kena jugak buat kelas tambahan untuk mengikat tali leher  selepas ni.