Followers

Sabtu, 15 Disember 2012

Bila musimnya.

Buah durian belanda ni masaknya bersaing dengan musim durian sekarang ni, maka memanglah buah durian belanda ni langsung tidak dipandang, masaknya juga di atas pokok tidak dipedulikan. Tau-tau saje dah terlalu masak ranum. Bila di belah isinya dah menjadi lembik.

Tak sorang pun yang berminat nak memakannya tambahan pula rasanya yang sedikit masam.  Ibuintan pun sekarang dah tak berapa suka dengan buah durian belanda ini sedangkan masa kecil dulu amat menggemarinya.  Buah durian ni ada dua jenis, yang ini ialah jenis yang masam walaupun telah masak.  Bila dah masam langsunglah tiada siapa yang nak. Akhirnya jadi makanan ayam saja. 


Buah yang sedang masak ranum juga di halaman rumah.  Sepokok lagi buahnya masih muda, nampak gayanya hingga awal tahun depan puas makan buah rambutan.  Tapi itupun kalau tak dicuri sang kera yang dah asyik mengintai-intai je sekarang ni.

Yang ini pulak belum masak lagi tapi dahannya sekah.  Kalau tak di dengki oleh sang kera, rasanya puas jugak makannya bila dah masak dan gugur nanti.  Isi buah yang muda ini ibuintan buat masak gulai lemak.  Lemak manis je rasanya. 

Buah cempedak ni pula dah sampai ke penghujung musimnya.  Tinggal beberapa biji saja lagi di atas pokok.  Tapi kali ni buahnya tidak berapa menjadi, kebanyakkan buahnya dirosakkan serangga perosak sebab buahnya tidak berbalut.  Buahnya menjadi bertompok hitam dan berulat. Yang ini pagi tadi gugurnya... dah selamat digoreng dan dimakan begitu saja. Manis isinya.









Khamis, 13 Disember 2012

Opps Bersih bermula.

Tahun 2013 bakal tiba.
Maka operasi pembersihan dan pengubahan wajah akan dilakukan.
Perlu bedak, tacup, ubah, susun, atur dan buang mana yang patut dan perlu.
Anak-anak baru akan masuk.
Moga anak-anak baru akan gembira dan ceria dengan persekitaran yang baru.





  Hari pertama dan ke dua yang di tunggang-langgangkan.....


.........  yang perlu dilupuskan








Pembantu yang sudi menghulurkan bantuan.


Hari ke tiga ... diteruskan dengan cat mengecat mana yang patut.
 Nasib baik pembantu masih sudi meneruskan bantuan.
Tahun baru wajah baru.