Followers

Isnin, 22 Oktober 2012

Dua bulan yang panjang.... cuti peristiwa





Assalamualaikum............. sedar tak sedar dah hampir dua bulan rupanya tidak menjenguk blog ini.  Entahlah sukar untuk diucap, apalagi untuk dicoretkan di sini.  Macam-macam yang berlaku, macam-macam jugak yang perlu diuruskan.  Mood berblog tenggelam terus. Satu lepas satu dugaan yang datang.  Syukur.... moga Allah makin dekat dengan hati ini.  Sesungguhnya hanya kepadaNya tempat yang paling layak dan sepatutnya untuk mengadu. Syukur teramat sangat Dia sentiasa menolong hambanya yang lemah dan daif ini.

Buat rakan-rakan yang mungkin masih mengingati ibuintan... terima kasih banyak-banyak.  Ibuintan bukan sengaja menghilangkan diri, keinginan untuk mencoret dan membaca catatan semua sebenarnya amat meluap-luap, banyak sangat yang ketinggalan kini.  Namun sebabnya 'biarla rahsia'. Ianya hanya untuk simpanan kami sekeluarga saja..... Intan selalu menggalakkan ibunya membuka blog semula bila dia selalu melihat blog ibunya terbiar bersawang.

  Hari ini ibuintan bercuti... cuti peristiwa sebab semalam baru selesai perkhemahan unit berunifom di sekolah.  Hari ini dapatlah berehat sikit.... badan pun sengal dan sakit-sakit sikit ni gara-gara tugasan sebagai 'masterchef' . Maklumlah menjaga makan minum untuk 90 orang.  Entah berapa kali makan dan minum untuk program dua hari satu malam tu.  Penat tapi seronok.  Bebudak penat tapi makan tetap kenyang.... macam-macam menu, terima kasih kepada pensponsor yang sudi mensponsor bahan makanan.  Ibu bapa juga sangat membantu... sangat memberi kerjasama.

Maka hari ni juga, selepas menyapu dan mengemas rumah, keinginan untuk membuka sekaligus mengemaskan blog ini timbul kembali.  Sian sangat... dua bulan terbiar sepi.... tuannya cuti peristiwa, peristiwa yang berbagai kaler.







   

Selasa, 28 Ogos 2012

Tumbang

Mungkin sebab kepenatan dan tidak cukup tidur dan rehat maka ibuintan akhirnya tewas juga. Sejak semalam badan rasa tdak sihat, seram sejuk, kejap rasa panas kejap pulak rasa sejuk, sejak di sekolah pagi semalam dah merasainya.  Lepas waktu persekolahan petang semalam ada pulak taklimat ringkas tentang program pecutan akhir pelajar tahun enam. Nama saja taklimat ringkas tapi makan juga lebih sejam, menjelang pukul tiga suku petang baru selesai, bedengung kepala menunggu taklimat sampai habis.

Balik dari sekolah terus tumbang nasib baik abahintan dah masak nasi dan tapau lauk dari kedai. Telan paracetamol dan terus lelap sebaik habis solat Maghrib, solat isya sempat buat dinihari tadi saja itupun terjaga sebab nak buang air. Pagi ni kepala makin berat dan hidung makin padat, badan juga masih panas dan rasa sakit-sakit semua sendi anggota badan lalu ambik  keputusan untuk ke klinik pagi ni.

Jika dapat cuti sakit, syukur la .... jika tak dapat terpaksalah isi borang cuti rehat khas esok pagi.  Namun syukur sangat doktor yang membuat pemeriksaan sendiri yang offer cuti sakit, terima kasih doc... baiknya hati doc.   Urusan pun berjalan dengan lancar, ibuintan menjadi pelanggannya yang ke empat,  masih awal pagi  belum ramai pesakit lagi.  Tu sebab kot doc tu offer sendiri cuti sakit tu tak macam selalunya pesakit yang kena minta sendiri. Sejam saja semua urusan selesai.

Alhamdulillah... dengan demam ini ibuintan dapat berehat dan dapat menggembalikan semula tenaga yang banyak hilang sejak akhir-akhir ramadan dan awal Syawal yang lalu. Semuanya ketentuan dari Nya juga.

Mutakhir ini ibuintan post entri menggunakan gajet tab saja, so minta maaf atas kesulitan  dan kesilapan jika ada. Hari ni pun gambar yang dipost lain macam pesen ea, tak jumpa camna cara nak rotate lae.  Kena cuba jaya lg ni