Followers

Selasa, 21 Februari 2012

Jin dipanah petir?


Pokok kelapa inilah sasaran utama kejadian panahan petir pada awal bulan Disember tahun lepas.
Panahan petir ini juga yang menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta  astro di rumah ini terbakar.  Pokok kelapa ini terletak di luar pagar hadapan rumah bersebelahan pokok cempedak. Beberapa meter saja dari rumah saya. Pokok kelapa ini sentiasa berbuah lebat.  Inilah pokok kelapa terakhir tanaman arwah abah yang masih ada, pokok yang lain sudah ditebang demi keselamatan sebab sudah tinggi melepasi bumbung rumah.  Makin kelihatan daunnya yang merah terbakar dari sehari ke sehari.

//benarkah pokok kelapa  pokok yang digemari oleh jin... tu sebab pokok kelapa selalu dipanah petir walaupun ada pokok lain yang lebih tinggi berhampirannya ... kata orang tua-tua laa!




Ahad, 19 Februari 2012

Terima kasih suamiku.... rasa nak raya la pulak!

Sejak semalam abahintan membuat operasi mengelap dan mengecat.  Bermula dengan mengelap semua cermin tingkap di luar dan dalam rumah.  Bersih berkilat semuanya.  Bersinar-sinar cerminnya.  Tahi cicak yang terselit dicelah-celah gerigi tingkap juga lenyap.  Kerja yang saya  selalu buat hanya menggunakan vakum saja dan kemudian abahintan akan komplen... masih berhabuk.


Petangnya pula abahintan menaiktarafkan kerusi kayu yang terletak di beranda luar.  Kerusi kayu yang telah kusam warnanya tiba-tiba menjadi cerah bersinar semula.


sebelum


Telah bertukar kaler ke warna kuning oren.  Rasanya kat kedai perabot pun tak jumpa warna ni.  Kerusi berkusyen ini masih elok walaupun umurnya sebaya dengan Along, hampir 19 tahun, abahintan membelinya ketika Along  dalam kandungan waktu itu.  Ketika itu juga kami tinggal di kuaters guru di sebuah kawasan Felda. Kerusi ini masih elok berkat jagaan yang baik daripada abahintan.  Rasanya dah beberapa kali juga bertukar warna.  Kusyennya juga masih elok dan padat lagi.  Dulu tempatnya diruang tamu tapi kini dah berpindah ke beranda di luar pula.  Menjadi tempat duduk untuk bersantai2 atau untuk tetamu yang datang tetapi tidak mahu masuk ke dalam rumah.

Pagi tadi pula operasi abahintan bersambung lagi.  Hari ini operasi mengecat bingkai dan besi tingkap dapur dan bilik air pula.




Hahaha... hanya tangan abahintan yang kelihatan sedang bekerja, tuan punya tangannya tidak perlu ditonjolkan, bekerja tanpa berbaju... buruk bona ghupanya, malu sey!   Ketika saya membuat catatan ini abahintan sedang menyambung operasi mengecat kerusi kayu untuk tiga tempat duduk pula.  Petang semalam tidak sempat menyiapkannya kerana hujan turun dengan lebatnya.  Kerusi ini setelah dicat harus dijemur supaya kering dengan cepat dan sekata.


Terima kasih my suami.... macam nak raya pulak rasanya. Tadi akak sedara sebelah rumah datang bertandang pun cakap begitu... 'macam nak ghayo'. Memang abahintan amat suka dengan kerja-kerja begini, jimat belanja tak perlu membayar upah.