Namun dalam keseronokkan dan keterujaan mereka, terselit juga satu dua jiwa yang amat tersentuh, amat takut, amat ngeri dengan alam persekolahan baru yang ditempuhi. Mereka inilah yang akan memberi warna kepada situasi hari pertama. Samada menangis sepuashati atau masih menyorok disebalik ibubapanya. Mereka sebenarnya takut dengan cerita yang digembar gemburkan oleh abang dan kakak.
Biasanya bila telah mesra kala ditanya mereka akan memberikan jawapan... lambat balik rumah, banyak kerja rumah, cikgu garang, kena bangun awal, tak pandai baca dan tak kurang juga takut hantu. Macam-macam alasan mereka kala ditanya 'mengapa menangis'.
Reaksi dan ketidakpercayaan ibubapa juga adakalanya menimbulkan kegelisahan di hati anak-anak yang sememangnya telah sedia resah. Kelas tahun satu biasanya di tingkat paling bawah, segelintir ibubapa yang tidak percayakan anak-anak , asyik tertinjau-tinjau dan terjonggok-jonggok melalui tingkap. Tidak pun asyik lalu lalang saja di luar kelas anak-anak mereka.
Ada juga terdapat ibubapa yang pengalaman pertama menghantar anak sulung mereka yang baru masuk sekolah, mungkin sebab terlalu teruja atau risau atau kesian atau anak terlalu manja, masih sempat memanggil dan mengucapkan 'baby, jangan nangis tau, ibu ada kat luar'.... padahal anak kat dalam kelas, relak dan takde apa-apa pun, riang cergas saja tapi ibu pulak yang lebih-lebih...rasanya ibu yang nak menangis kat luar kelas.
Tak kurang juga, ada ibu yang duduk terconggok sama di belakang kelas, nak kata anaknya menangis atau takut ....tak pula, duduklah si ibu lagak nazir ,...ibu yang begini selalunya lambat memberi anaknya berdikari, beri kertas untuk diwarna..ibu yang tolong sama, beri beberapa soalan sebagai tanda suaikenal ada juga ibu yang tolong jawapkan... kekadang situasi ini menimbulkan kerimasan juga kepada guru... paham-pahamlah ibu ye!
Pengalaman mengajar anak-anak tahun satu adalah merupakan pengalaman terindah. Pernah juga mengajar kelas tahap dua tapi kepuasannya amat dirasai bila mengajar tahun satu.. Rasa dekat sangat dengan mereka. Datang dalam keadaan amat suci dan naif, amat seronok melihat perkembangan mereka hari demi hari, perubahan yang amat ketara di setengah tahun kemudiannya. Biasanya pertengahan tahun akan dikenalpasti anak-anak yang cerdas dan kurang cerdas, sekiranya masih terdapat yang lambat membaca dari sinilah bermulanya latihan intensif unuk mereka yang lambat ini.
Setakat ini, alhamdulillah sehingga habis tahun satu, di akhir tahun, tiada kes tegar yang tidak celik huruf, kalau ada pun seorang dua yang masih lemah dalam bacaan, dan perlu terus dirujuk ke kelas pemulihan di tahun dua.
//selamat datang anak-anak tahun satu ku




