Makanan baik.
Kita kena jaga makan :
1.. perintah Allah - ambil makanan yang sihat dan berkhasiat
2. menjaga tubuh badan - supaya kuat dan sihat supaya dapat beribadat kepada Allah
3. wajib yang halal dan toyyibah - makanan akan menjadi darah daging
4. jangan makan terlalu berlebihan - seimbangkan...
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga lagi untuk air dan satu pertiga lagi untuk angin
5. untuk minda - amalkan makanan sunnah Nabi seperti kurma, kismis dan badam
6. supaya adil dengan dengan diri sendiri - hanya cukup untuk keperluan diri,
jangan keterlaluan atau tidak melebihi had keperluan badan
7. amalkan minum segelas air sebaik bangun pagi dan segelas susu kambing sebelum tidur -
8. mulakan memasak dengan niat yang baik, serta berdoa supaya masakan kita berkat kepada ahli keluarga
9. banyakkan zikir - amalkan surah Ali -Imran ayat 103, ambil segengam beras dan bacakan pada beras
10..makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang
11. seeloknya duduk di lantai sambil bersimpuh dengan lutut kanan di naikkan sedikit
12. makan seeloknya dengan tangan kalau terpaksa baru guna sudu dan garfu
13. asingkan makanan darat dengan makanan laut , jangan dimakan bersama dalam satu sajian makanan-
mendatangkan penyakit
14. yakin makanan itu bersih dan halal tanpa perasaan was-was
15. yang terbaik makanan yang dimasak sendiri dirumah
16. jangan ditambah perasa yang tidak pasti puncanya.
17. makan malam sebelum Maghrib , pukul 6.30 petang
Makanan dan pemakanan kita menentukan peribadi kita.
//antara info yang dapat dikumpul dalam rancangan Topik Jumaat di Radio IKIM F.M bersama Ustaz Riduan.




