Followers

Jumaat, 17 Disember 2010

Makanan baik... makan ikut sunnah


Makanan baik.

Kita kena jaga makan :

1.. perintah Allah -  ambil makanan yang sihat dan berkhasiat

2. menjaga tubuh badan - supaya kuat dan sihat supaya dapat beribadat kepada Allah

3. wajib yang halal dan toyyibah - makanan akan menjadi darah daging

4. jangan makan terlalu berlebihan - seimbangkan...
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga lagi untuk  air  dan satu pertiga lagi untuk angin

5. untuk minda - amalkan makanan sunnah Nabi seperti kurma, kismis dan badam

6. supaya adil dengan dengan diri sendiri - hanya cukup untuk keperluan diri,
jangan keterlaluan atau tidak melebihi had keperluan badan

7. amalkan minum segelas air sebaik bangun pagi dan segelas susu kambing sebelum tidur -

8.  mulakan memasak dengan niat yang baik, serta berdoa supaya masakan kita berkat kepada ahli keluarga

9.  banyakkan zikir - amalkan surah Ali -Imran ayat 103, ambil segengam beras dan bacakan pada beras

10..makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

11. seeloknya duduk di lantai sambil bersimpuh dengan lutut kanan di naikkan sedikit

12.  makan seeloknya dengan tangan kalau terpaksa baru guna sudu dan garfu

13. asingkan makanan darat dengan makanan laut , jangan dimakan bersama dalam satu sajian makanan-
      mendatangkan penyakit

14. yakin makanan itu bersih dan halal tanpa perasaan was-was

15. yang terbaik makanan yang dimasak sendiri dirumah

16. jangan ditambah perasa yang tidak pasti puncanya.

17. makan malam sebelum Maghrib , pukul 6.30 petang

Makanan dan pemakanan kita menentukan peribadi kita.
 
//antara info yang dapat dikumpul dalam rancangan Topik Jumaat di Radio IKIM F.M bersama Ustaz Riduan.

Khamis, 16 Disember 2010

Pengisi masa cuti.

Cuti sekolah tinggal berbaki lebih kurang dua minggu lagi.

Masih belum ke mana-mana, masih bercuti di dalam rumah sendiri, bercuti dari tugas hakiki namun sebagai ibu rumahtangga tugas berjalan seperti biasa.

Bagi anak-anak, cuti sekolah bermakna kena keluar bercuti ke mana-mana.  Tidak dapat lama, pakej 3 hari 2 malam pun jadilah, janji keluar dari negeri beradat ini dan bermalam di tempat yang dituju.

Rancangan bercuti masih belum terlaksana, Along masih menduduki peperiksaan SPM.  Hari ini menduduki kertas Pengajian Al-Quran dan Sunnah dan kertas terakhirnya ialah pada hari Isnin depan.

Sementara mengisi waktu bersenang-lenang yang panjang.

          

Penuh bersepah satu meja dengan  bekas manik, juga plastik bekas makanan ringan. Dua kerja satu masa... tangan menjahit, mulut  mengunyah.
Intan menerima tempahan menjahit manik.  Sedang menyiapkan jahitan manik dilengan baju sepupunya, bajunya pula dijahit oleh ibu kepada Intan.


 


Baju untuk dipakai pada majlis pertunangan sepupu mereka pada 25 Disember ini.

Intan juga sudah siap menjahit manik dilengan baju kurungnya, juga untuk dipakai pada majlis pertunangan itu nanti.  Memasing nak melaram bersama bakal pengantin.

Dan ini pula aktiviti bujang kecik, selain PS2...


 Kalau dah lelaki.. tak boleh lari dari game... penat bertarung sensorang dengan Ps2, bertarung pulak di fb, semua game yang ada di fb tu dilayannya...

//Nasib baik masih ada lagi satu port untuk ibunya berblog.. kalau tidak akan berlaku juga satu pertarungan
///nak ke surau,... jom buat bubur asyura