Followers

Isnin, 7 Oktober 2013

Surau pun nak dipantau juga.

Banyak benar yang dipantau sekarang ni...  sekarang giliran surau pulak.

Satu taklimat khas di adakan pada minggu lepas.  Surau sekolah telah dipilih untuk mewakili daerah Kuala Pilah dalam Program Surau Imarah ke peringkat Negeri .  Terperanjat beruk masing-masing, satu keadaan yang tidak dijangka sama sekali, dan tidak pernah mendengar pun tentang program itu sebelum ini.  Alasan utama surau sekolah ini terpilih ialah kerana surau ini amat aktif aktivitinya sepanjang tahun.  Memang pun, itu tidak dinafikan, suaru ini memang  setiap hari digunakan.  Selain belajar di kelas JQaf, ustaz juga membawa murid ke sini untuk belajar, guru-guru dan  pekerja lelaki solat zuhur berjemaah setiap hari selain waktu petang pula di gunakan untuk kelas agama petang. Sementara setiap pagi Jumaat pula majlis bacaan Yassin dan taskirah pendek oleh ustaz juga dijalankan di surau ini.  Kriteria pemilihan juga kerana panitia Agama sentiasa mengadakan aktiviti agama seperti sambutan Maulidur Rasul, Ihya Ramadhan, Nuzul Quran , khatam Quran malah kelas pengurusan jenazah pun ada.  Dan yang lagi terkejutnya juga tempuh masa diberi  hanya dua minggu menjelang pemantauan oleh pihak unit Agama Islam.  Kalau dah namanya ada pemantauan maka banyak benda lah yang akan dipantau terutama fail dan dokumentasi yang jadi keutamaan selain keceriaan surau.

Ibuintan wajiblah masuk kumpulan keceriaan ni. Di saat kerja hujung tahun makin bertambah disertai setiap minggu ada sahaja guru yang keluar berkursus maka hendak tak hendak arahan terpaksa  dipatuhi juga.

Dimulai dengan aktiviti gotong royong membersihkan surau.

Tikar getah dan karpet lama terpaksa dibuang.


Perabut yang tak perlu dan tak berapa elok lagi terpaksa dikeluarkan juga.




Warna baru dipilih.  Temanya ialah merah supaya terserlah keceriaannya.  Permaidani serta langsir berwarna merah oren.  Tirai juga dipasang sebab tirai juga antara yang akan memberi markah.  Sejak minggu lepas setiap hari memberi sentuhan baru kepada surau ini.

Majlis bacaan Yassin pertama Jumaat lepas sehari selepas karpet dan langsir baharu dipasang. Karpet tikar yang nipis sahaja sebab kekurangan kewangan, bertanding untuk wakil daerah tetapi tiada bantuan kewangan yang dihulurkan.  Kalau ada yang nak menyumbang amat-amat dialu-alukan.

Semalam dan hari ini juga operasi masih terus berjalan. Siling yang bertompok kerana kebocoran atap terpaksa disorokkan dengan cara begini... jaluran kain merah kuning tu.. Selangor la pulak! Sebab kain tu saja yang ada, guna sajalah.  Nak mengecat selain belanja kami juga sudah kesuntukan masa.  Esok operasi akan bersambung lagi. Harap-harap pegawai pemantau tu datanglah selepas cuti hari raya korban nanti. 


..saya yang menurut perintah...


6 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

dah nampak cantik tu ibuintan..kemas..in syaa allah..boleh menang nanti tu

inazamri berkata...[Reply]

aktif sekali xtvt yg dijalankan.Semiga ianya berterusan.semuanya bergotong royong tanpa kenal erti penat lelah.

ummiross berkata...[Reply]

waa ceria betul warna merah tu ibuintan, tentu bersemangat anak2 murid berada di surau dengan suasana baru. Tahniah kepada guru-guru yang tak pernah menolak cabaran..

NzA berkata...[Reply]

Cantik n besar jugak surau sk akak. Sk nza ada bilik solat je.
Itulh tugas kita, byk tugas smpingan yg mmerlukn komitment diluar bidang...apa nk buat, saya yg menurut perintah.

insan marhaen berkata...[Reply]

Itulah bagusnya ada pemantauan. baru kerja berjalan...

ahmad humairi berkata...[Reply]

Tandas pon......kena pantau jgak!!!