Followers

Selasa, 1 Oktober 2013

Bila ibu mula malas ke dapur.


"ibu ni kan sejak kakak dan along takde kat rumah, jarang  masak..asyik beli kat kantin je, malam pun masak simple-simple"

 Aduih.. tak semena-mena dapat komen berapi daripada Azim petang tadi.  Hahaha memang betul pun. Kerajinan memasak makin menurun sejak dua menjak ni.  Tambahan pula tengah hari hanya Azim sorang saja yang makan, itu pun kekadang tak juga makan bila dia balik lewat petang dari sekolah.  Ibuintan biasanya makan di kantin sewaktu rehat.  Makanan berat pula seperti nasi berlauk, tu yang kenyang sampai ke petang. Lauk pauk yang dijual dikantin pun menepati selera dan citarasa, apalagi membungkus la setiap hari.  Suami juga setiap hari tidak balik ke rumah, makan di rumah emak atau adiknya yang tidak jauh dari tempat kerjanya.  Makan malam sahaja kami dapat berkumpul bertiga.

Makan malam biasanya memang simple saja, memang jarang masak berat untuk makan malam sebab selalunya lauk yang dibeli masih berbaki.  Azim pun makan bukannya banyak sebab dia dah makan disekolah waktu rehat.  Malam biasanya rebus, buat sup, goreng atau bakar saja.  Hari cuti atau hujung minggu baharu masak yang berat dan mengikut selera yang berhajat. Malam  makan berlauk lemak dah terpaksa dikawal, dah kena jaga paras kolestrol sekarang.... kukus, panggang dan rebus yang selalunya.  Tu yang Azim tak berapa bekenan tu terutama yang berebus... tak menarik minat dia langsung.  Sian budak tu gara-gara Along dan kakak tak ada, mood ibunya pun berubah.  Bukan apa ibunya kalau masak makanan yang menjadi kesukaan kakak dan alongnya, hati ibunya terus menjadi sayu, terus mengenangkan mereka berdua, silap-silap hilang selera makan, mesti terbayangkan kakak dan alongnya yang setiap hari hanya makan di kedai.

Yang penting telur, nugget, ayam sedia digoreng serta daging burger mesti ada dalam fridge.  Lauk kecemasan untuk Azim, boleh digoreng bila-bila masa serta amat disukainya.


Menu sambil menyambil... hehehe 

Gulai telur itik dicampur pucuk ubi yang disimpul permintaan suami.

                                                             Goreng peria berkunyit..


7 ulasan:

MulutPayau berkata...[Reply]

Saya pun setiap hari beli kat kantin ..hihihi
Tapi gulai telur itik tu mmng nampak sedap sangat....

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..acik pun macam tu..kalau adiknya tak de..masak ringkas2 je..nasib abang tak komplen

ummiross berkata...[Reply]

hehe..ummi pun sejak semakin berumur ni semakin malas nak memasak ibuintan.
Guali telur itik dengan pucuk ubi tu, olala..!!,sedapnya!. Ummi kan ibuintan, memang suka masakan orang nogori, ada ummph!.

insan marhaen berkata...[Reply]

Fast food dan kerap makan dikedai juga mungkin penyumbang pada penyakit 3 serangkai...

Risau kat anak-anak IM...

Kakzakie berkata...[Reply]

Bila ada resepi masak lemak dan peria tu mestilah Azim makan bertambah dah tak boleh nak komen lagi ye cikgu:)

NzA berkata...[Reply]

Ingatkan sy je yg dh xde mood masak sejak along n angah xde, rupanya akak pn sana...he3x....

Along blajar kt mana skrg?

azlina berkata...[Reply]

assalamualaikum kak..
memang kak kalau dah semakin sikit ahli keluarga di rumah semangat memasak pun menurun..