Tengah hari semalam ibuintan dan suami menghadiri jemputan kenduri kahwin anak cucu sedara arwah abah di Rumah Rakyat Ampang Tinggi, lebih kurang 5 km dari rumah ibuintan. Sampai saja di majlis tersebut mata terus terpandang ke arah hiasan yang terletak betul-betul di hadapan khemah masuk. Apalagi terus ambik gambar. Memang dah lama tak jumpa benda ni terutama dimajlis-majlis perkahwinan. Orang kampung memanggilnya 'lancang'. Binaan yang dibuat seakan perahu dan dihias indah dengan bunga-bunga yang diperbuat daripada kertas bunga yang berwarna-warni. Setiap dua kuntuman bunga diikat bersama sebiji telur. Lancang ini adalah hadiah daripada kaum keluarga ayah pengantin perempuan yang juga bergelar 'buapak' dalam lingkungan keluarga mereka. Kalau mengikut Adat Perpatih mereka berada dalam suku Selemak Pahang.
Buapak adalah gelaran kepada seseorang yang mengetuai sesuatu Perut dalam masyarakat Adat Perpatih. Perut adalah kumpulan yang berasal daripada nenek atau moyang perempuan yang sama. Ahli-ahli dalam sesuatu perut itu amat rapat dan mereka memilih seorang ketua yang dipanggil Buapak. Antara tugas Buapak ialah menjaga maruah anak-anak buahnya, menguruskan istiadat keramaian (seperti perkahwinan) dan juga menyelenggara soal-soal pembahagian harta pusaka. (carian di wikipedia... ibuintan memang tak paham bab2 adat ni)
21 tahun yang lalu, ahli keluarga yang sama juga telah menghadiahkan sebuah lancang semasa perkahwinan ibuintan. Ketika itu abah ibuintan menjadi Buapak bagi keluarga ini. Mungkin ini cara waris keluarga ini menghargai Buapak dikalangan mereka. Tapi sayang gambar lancang semasa perkahwinan ibuintan dahulu telah hilang. Hilang bersama sebuah album penuh gambar kahwin semasa proses membuka rumah lama dahulu. Tapi rasanya tak banyak beza dari lancang yang ini. Menurut seorang anak sedara lancang ini mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Telur ini akan diberi sebagai cenderahati kepada tetamu yang hadir.
Gabungan warna yang menarik dan ceria. Kain batik lepas yang menjadi alas meja juga menarik coraknya.
Bersama goodies beg ibuintan juga mendapat setangai bunga telur dari lancang tersebut. Memang klasik bunga ni, stail lama beserta tangkai tampuk terung yang menjadi pemegang telur. Bukan semua yang mendapatnya sebab ibuintan pergi bersama suami dan dua orang jiran tetapi hanya ibuintan seorang yang mendapatnya. Macam tak aci lah pulak kan! Ada sebab tu... ibuintan anak kepada bekas Buapak mereka, tu sebab semua ahli keluarga ini tak kira umur memanggil ibuintan dengan gelaran Induk.
Bunga telur merah tu ialah bunga telur pahar yang terdapat di pelamin.. Induk jugak yang dapat.
14 ulasan:
Cantik wrn lancng tu..tak pernah lagi gi jemputan jumpa lancang ni wlpn negori9
Assalam ibuintan..acik tak pernah pulak teringat adanya lancang ni kalau dirembau.rasanya macam tak pernah jumpa ni
Salam hr selasa ka. Singgah sini melawat akak
Waa...nampak gah lancang tu ibuintan, ni baru pertama kali ummi melihatnya,meriah. Ummi suka tengok majlis dengan pelbagai adat budaya macam ni.
meriahnya warna lancang tu kak....1st time tgk nie.....
@Acik Erna
wassalam acik... masa kecil yang selalu jumpa pancho, kalau lancang ni sesekali jumpa la ... selalunya kenduri rumah tok adat
@Ibu Lala
trima kasih ... sudi jenguk akk selalu
@ummiross
hehehe ummi.. kalerful kan
jarang-jarang sangat jumpa dah benda sebegini, orang muda byk yg tak tahu membuatnya... tapi cantik kan
@NzA
meriah dengan warna yang terang dan cerah... hehehe tu la, jarang2 jumpa ni
Kakak suka melihat sesuatu perayaan yg berunsurkan tradisi macam ini. Kalau boleh jgn dihilangkan dari keluarga cikgu. Tradisi yg tak melanggar agama seronok dilihat. Mana tahu kelak masa Intan pun boleh buat macam ini.
Cantiklah...
Seronok baca penerangan Cikgu..
kalau tak memang tak tau ini warisan tradisi... ingat kot saja2 buat ja...
Lama dah tak tengok bunga teloq dari kertas warna & pakai tampuk terung tu..
wah... kita pun orang negeri tatau pulak ade macam ni.
saya telah linkkan entri ini dalam grup K-PAP .. tiada halangan kan ?
salam,
saya datang melawat
Catat Ulasan