Pilih bingkai. Rambang mata.
Cuba berkali-kali.
Lepas satu satu hingga jumpa yang berkenan di mata dan hati.
Nasib baiklah jumpa juga yang berkenan. Ibuintan minta disiapkan dalam tiga hari sebelum dia balik ke Gopeng tapi disebabkan premis tutup dua hari sempena hari raya korban maka cermin matanya tidak dapat disiapkan dengan cepat. Baru petang tadi ibuintan dapat panggilan dari kedai cermin mata yang memaklumkan cermin matanya telah siap. Nampaknya esok cermin mata tu akan dipos lajukan ke Gopeng.
Adiknya Azim juga sudah memakai cermin mata sejak bulan September lepas kerana masalah silau pula. Nampaknya makin bertambahlah budget untuk cermin mata sahaja apabila 4 daripada 5 sekeluarga telah bermata empat. Kena tambah tabungan bulanan nampak gayanya. Tapi setakat ini cermin ibunya tetap yang lebih harganya sebab menggunakan cermin kaca serta berkanta jauh dan dekat. Memang bercinta juga setiap kali nak menukarnya. Yang penting cerminnya bingkai tak kisah sangat.
8 ulasan:
Ohhhhh...geng bercermin mata lah ni ya....
Sy pkai spec bila kat opis kak. Mengadap pc lama lama menyebbkn skt mata
Terpaksa poslaju cermin Intan ye cikgu. Anak kakak punya kakak belum ambil lagi - sebab samalah kena pada cuti raya haji...
Jika dah sah ada rabun, elok pakai spek seawal mungkin jangan berhenti. Rabun akan lambat meningkat, tapi rabun tetap rabun. Jika tak pakai spek, rabun tu akan lebih menjadi parah.
Family saya, dah 3 orang pakai. Sejak saya pakai, rabun saya (wpun tidak pulih) tapi powernya tidak meningkat banyak.
2lh kak, mata ank2 kita cpt rosak kan. Mayb penggunaan lappy n gajet. Kt rumah ni pn sama. Tiap thn mmg kena gnti spek sbb power mata ank2 dh naik.
Mungkin Intan banyak sangat membaca.
Dua dari anak kak Zai pun memakai cermin mata termasuklah mamanya.
Harga spek mmg makin lama, makin mahal...Saya dah lama tak buat spek..dah hampir 16 tahun saya guna contact lens aja ..spek yg ada pun utk pakai malam2 kat rumah...
terpaksa pakai cermin matalah gamaknya...moga lepas ni intan lebih selesa dengan mata baru...
Catat Ulasan