Followers
Isnin, 9 September 2013
Memang ... blogger wajib ambil gambar dan bergambar.
Ini bukti paling kuat. Orang kuat majlis ni. Walaupun sudah diserahkan kepada jurugambar berbayar untuk merakam setiap detik majlis namun selaku blogger merakam gambar juga sudah menjadi suatu kemestian. PakNgah Hamzah al-Lavendari, blogger hebat yang mempunyai komensen yang tinggi, juga merupakan pengasas dan admin Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) di fb. Kelab K-PAP yang semakin terkenal sebagai laman sembang yang bukan khas untuk anak-anak kelahiran Negeri Sembilan sahaja tetapi yang lebih utama sebagai satu laman untuk mempelajari bahasa atau loghat Negeri Sembilan. Bahasa yang hanya digunapakai di Negeri Sembilan sahaja. Atas inisiatif dan usaha PakNgah kini telah muncul kamus bahasa Negeri Sembilan. Dah terkumpul beratus-ratus perkataan tu, sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa Negori silakan ke fb ini .. jangan lupa like tau!
Gambar ni tak taulah... suratan atau kebetulan. Kenapalah en abang ibuintan dan abang Kakchik Seroja lolap masa ni.
Alhamdulillah, akhirnya semalam sampai juga hajat ibuintan, ditemani suami dan Along, ibuintan berjaya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak PakNgah Hamzah di kediamannya di Lavendar Heights, Seremban. Dan seperti harapan sebelum bertolak agar bertemu beberapa blogger terkenal yang blognya selalu ibuintan ikuti, maka impian dan harapan itu juga separuh tercapai. Bertemu KakChik Seroja yang datang bersama suami serta anaknya Bang Chik. Pada awalnya ibuintan berasa Kakcik Seroja tidak hadir sebab sebelumnya ibuintan terbaca cacatannya diblog yang suami Kakcik dirawat dihospital sebab kecederaan lutut. Namun kata Kakcik semangat suaminya kuat untuk datang juga walau sakit lututnya masih terasa. Bertemu juga blogger RKA serta isterinya. Jiran PakNgah rupanya blogger RKA ni... kami tidak dapat berbual panjang sebab RKA ada majlis lain untuk dihadiri.
Seriusnya Azie. Juga seorang blogger yang amat ibuintan kagumi penulisannya. Tenguk tu seriusnya Azie. Azie datang bersama Kakcik Seroja. Kenangan terindah berjumpa kedua blogger famos amos ni!
Kak @Acik Erna bersama suaminya. Kami juga tidak dapat berborak panjang, Kak Erna juga beredar awal dari majlis ini untuk melawat anaknya di asrama. Kami sama-sama meninggalkan majlis ini semasa tuan rumah PakNgah sedang sibuk melayan tetamu pihak pengantin perempuan. Hanya sempat berjumpa dan bersalaman dengan MakNgah sebelum balik. Ibuintan juga kehilangan Kakcik dan Azie, puas melilau mencari mereka sebelum balik. Disebabkan suami dan anak ada urusan di Seremban maka ibuintan kecewa juga tidak sempat menunggu blogger Yunus Badawi (YB) sampai. Semasa makan Azie ada memaklumkan yang YB sedang dalam perjalanan ke sini. Masih belum ada rezeki juga hendak bertemu blogger YB serta beberapa lagi blogger lain yang hadir ke majlis perkahwinan anak PakNgah.
Suami ibuintan mengatakan pengantin lelaki ada iras penyanyi Maher Zain. Sama cantik, sama padan. Tahniah moga pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.
Rupanya hanya ini saja gambar yang ibuintan ada. Kecewa tiada gambar bersama tuan rumah serta isteri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
Akhirnya jumpo yo kito kan ibuintan.tapi tu la tak dapek nak lamo
@Acik Erna
sayang kak... sy tak teringat nak bergambar ngan akak, sbb kita sama2 tergesa2 nak balik
Belum rezeki kita nak berjumpa. Kami pada mulanya bercadang nak datang awal tapi emak adam seperti biasa ada banyak tugas yg perlu dilakukan. Jadinya kami sampai ketika nak masuk Zohor. Nasib baik ramai lagi blogger pada masa tu.
betul la tu...ralat juga sebab terpaksa beredar awal... ramai lagi yang datang rupanya...hmm
Alhamdulillah. Dapat juga kita bersua walau seketika.
Mudah2an akan ada rezeki untuk kita berjumpa lagi. :)
wah bestnya kak dpt jumpa rakan2 blogger tu....mesti meriahkan.....
Ibuintan...
seronoknya dapat bertentang mata dengan blogger yang popular macam Pak Ngah, Kak cik Seroja, aziezah dan Acik Ernakan...persahabatan dialam maya terasa indah bila dpt bersua muka...
1) serba cantik. pengantin cantik, pelamin pun cantik.
2) bestnya dapat jumpa rakan rakan blogger. wpun kenal di alam maya tp rasa rapat kan.
3) akk ambik gambar dgn kamera apa ni kak. cantik.
4) blogger harus lah wajib ambik gambar. kalau tak nanti blog tak meriah...
Maaf baru sempat baca .. lucu juga bila lihat gambar sendiri diambil gambar. Saya minta maaf atas kekurangan layanan dll nya. Sayang x dpt bergambar dan bertemu sebelum balik. Tkasih atas kehadiran. Lain kali kalau dtg, bawa Intan sekali ya.
Salam ibuintan..
bestnya dapat jumpa rakan2 blogger,peluang untuk menjalin ukhwah.
Selamat pengantin baru kepada pasangan pengantin.
@Yunus Badawi
inshaa Allah.. dilain kesempatan YB kan
sy pula balik awal sikit sebb suami ada hal
@Abi Al-Baihaqi (RKA)
yang penting dah dapat jumpa dan kenal ... maaf sy memang terperanjat sikit bila RKA kenalkan diri, tak sangka muda lae.. hehehe
@Kakcik
mudah-mudahan kakcik... walaupun sekejap tapi saya tetap puashati, hepi sgt
@NzA
memang best Nza.. walau sekejap tp ada keseronokan tersendiri
@azi
memang Azi... seronok sgt rasanya, semua blogger hebat kan, mereka tak pernah kering idea
@Ibu Lala
semua setuju!
akak ambik gambar guna tab Samsung je tu.. segan nak bawak kamera besar
@al- lavendari
terima kasih atas jemputan PakNgah juga
tiada terkurang atas layanan baik PakNgah maupun MakNgah, saya pun mohon maaf sebab balik tanpa berjumpa PakNgah dulu sbb PakNgah memang tengah sibuk masa tu.. hanya sempat berjumpa dan berbual dengan MakNgah saja bersama Kak Erna
memang Intan awalnya nak ikut sama tapi akhirnya berubah fikiran pula baju pun dia dah gosok sebenarnya.. alasannya malu
@ummiross
salam kembali Ummie.. kali pertama saya dapat berjumpa rakan2 blogger sebegini, teringin juga nak berjumpa Ummi suatu hari nanti
Salam kenal Ibuintan..
Memang seronok bila bertemu blogger2 (sy blogger dah sejuk hehe)tapi lebih seronok bila ada gathering blogger..bolehlah ibuintan join bila ada geder2 blogger ni..lebih meriah dn santai..
Catat Ulasan