Followers

Ahad, 15 September 2013

Melayan tekak.

Jumaat 10.30 malam .. Along dan Intan tiba dari KL Sentral menaiki komuter.  Masing-masing mengadu lapar.  Yang bertiga menunggu mereka pun lapar juga sebab belum makan ketika keluar dari rumah.  Dalam perjalanan balik kami singgah makan di sebuah premis makanan di Ampangan. Walaupun dah masuk makan lewat malam kalau tekak dah biasa dengan nasi tetap nak nasi juga.

Pilihan abahintan - nasi ayam.

Pilihan Intan - nasi goreng daging masak merah



Pilihan ibu.. nasi goreng pattaya yang lebih banyak isi ayam berbanding nasi.


Pilihan Along dan Azim.. nasi goreng USA.
Masing-masing terperanjat sebab makanan yang dihidang penuh sepinggan berbanding yang biasa dipesan sebelum ini di tempat  lain. Masing-masing kenyang dek lauk berbanding nasi. 


Semua makanan di atas beserta lima jenis pilihan air berjumlah RM34.00, nampaknya kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen tidak mempengaruhi harga di kedai ini. Dan seperti kata salah seorang pemilik kedai  ... "kami harap puan sekeluarga berpuashati sebab kami mahu rezeki kami berkat, bukan mencari untung semata-mata".  Moga Allah melimpahkan rezeki yang seluasnya buat pemilik premis tersebut.









8 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

boleh saya dapat tahu nama dan toboh kedai tu .. nak juga menerai !

insan marhaen berkata...[Reply]

Kawa-kawan IM berpandangan bahawa kenaikan harga barangan tidak berlaku sekarang kerana kerajaan dah berulangkali beri amaran, Tetapi mau tidak mau mereka akan naikkan tidak lama lagi.

IM selalu beli biskut semasa makan pagi di tempat kerja. Kali ini IM beli masih dengan harga yang sama tapi kuantiti di dalamnya menjadi kurang/kecil. Akhirnya IM terpaksa beli 2 peket berbanding satu peket seperti sebelum ini.

Ibu Lala berkata...[Reply]

Amboi kak. Sedapnya menu tu. lapar tengok.

Unknown berkata...[Reply]

Ada peniaga yg amik kesempatan tapi ada juga yg tetap kekalkan harga lama..harap2 kenaikan harga minyak tidak terlalu membebankan rakyat marhaen..

NzA berkata...[Reply]

amat menyelerakan..kt sini dh naik semua hrga brg..p klinik pn dicas rm150.......aduyai.

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Tak ramai pengusaha kedai makan yg punya pandangan macam ini cikgu. Pilihan cikgu tepat... untung:)

ummiross berkata...[Reply]

bestnya menjamu selera anak-beranak ye ibuintan, tentu seronok sangat sebab anak2 ada bersama.

Baiknya tauke kedai tu, moga rezekinya diberkati.

Abi Al-Baihaqi (RKA) berkata...[Reply]

kek mano nie...boleh gak try sekali-sekalo...