Followers

Khamis, 16 Mei 2013

SELAMAT HARI GURU... 1 Aspirasi 1 Agenda

Selamat Hari Guru untuk semua  cikgu-cikgu yang pernah mengajar dan  mendidikku selama ini.  Terima kasih, cikgu!  Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan dan tunjuk ajar cikgu kepada saya selama ini.
 
Selamat Hari Guru juga kepada semua pembaca blog serta rakan-rakan blogger Ibuintan yang bergelar guru.
 
Luahan hati seorang guru di masa ini....

Kami para guru merasa terharu jika ada bekas-bekas pelajar datang untuk mengucapkan "selamat hari guru, terima kasih cikgu." kepada kami
tapi apa yang berlaku, anda datang untuk menziarah tempat anda belajar
anda datang dengan pakaian sesedap badan
anda datang sebagai TUAN
tak ramai pun yang datang menghulur tangan
kesalahan yang lepas menjadi ingatan
ada yang datang menunjuk belang
merokok sesuka hati rambut entah apa-apa
anda tak peduli pun pada kami
saban hari kami cuba mendidik anak-anak yang masih beruniform sekolah
untuk patuh pada suruhan menjauhi larangan
sebagaiaman kami telah mencuba pada anda sekelian
tapi anda datang sebagai TUAN
tersentuh hati kami begitu diperlakukan
datang lah
datanglah dengan niat untuk berjabat tangan
datanglah dengan pakaian sedap mata memandang
datang lah raikan kami yang pernah anda panggil guru
datang lah dengan ikhlas dan sopan
wallahua'alam
 
....... Luahan hati ini .ibuintan copy paste dari laman FB ibuintan yang dishare oleh seorang rakan peminat orkid...
 
 
 

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Selamat hari guru ibu intan. Terima kasih kerana menyebarkan ilmu pada kami hingga menjadi manusia yang berjaya. Muga Allah memberkati seluruh kehidupan guru guru berserta keluarga mereka. Ameen.

azi berkata...[Reply]

Ibuintan...
Selamat hari menyambut hari guru buat Cikgu...semoga terus sabar dan tabah mengajar anak-anak murid zaman sekarang...terus menjadi guru yang cemerlang dan terbilang...:)

Acik Erna berkata...[Reply]

selamat hari guru buat ibuintan dan rakan2 yang bergelar guru

Zaitun berkata...[Reply]

Selamat hari guru buat ibuintan.

Semoga mereka insaf dan diberikan hidayah.

kasihibu berkata...[Reply]

selamat hari guru ibuintan
jasa guru tetap di kenang

ahmad humairi berkata...[Reply]

Kita serupa...1Aspirasi, 1Agenda..selamat buatmu!

MulutPayau berkata...[Reply]

selamat hari guru ibuintan...

Azian Elias berkata...[Reply]

Terharu sgt bila dah tak jd guru lg tak ex students wish hari guru..terharuu...