Alhamdulillah syukur. Bertemu kembali. Selamat menyambut bulan Rejab. Moga sahabat semuanya berada dalam keadaan sihat dan sejahtera disamping keluarga tersayang. Syukur, ibuintan sihat nwalau pada hari Khamis lepas mendapat ujian sedikit. Ibuintan mendapat pitam yang agak teruk juga pada pagi Khamis lalu. Sebaik terjaga dari tidur di waktu subuh tu, pandangan ibuintan berpinar, bilik terasa berpusing 360 darjah, ligat sekali rasanya. Tidak boleh bangun langsung, malah nak membuka mata pun tak berani. Keadaan ini dialami hampir satu jam. Pantang buka mata, pandangan terasa berpusing ligat. Badan pula berpeluh-peluh.
Abahintan memberi minum segelas air limau kasturi dan tidak membenarkan ibuintan bangun dari tempat tidur. Selang setengah jam kemudian ibuintan terasa hendak membuang 'hajat besar'. Hendak tak hendak terpaksa juga bangun. Nasib baik ketika itu sudah berkurangan berpinarnya, namun ibuintan tetap berhati-hati. Ibuintan terpaksa berjalan ke tandas dengan menyisir ditepi dinding. Sampai saja ke dalam tandas, sebaik sahaja menutup pintu tandas tiba-tiba pandangan berpusing ligat semula, dalam sekelip mata saja ibuintan dah terduduk atas mangkuk tandas dengan tangan masih memegang tombol pintu. Nasib baik ibuintan di dalam tandas dan terjatuh atas mangkuk tandas kalaulah dalam bilik air tentu dah tersembam atas lantai bilik air. Dan mungkin kepala boleh terhantuk pada dinding, kolah atau sinki. Syukur ibuintan tidak mendapat mudarat semasa kejadian itu.
Keluar saja dari tandas, ibuintan tidak berani berjalan lagi. Ibuintan terpaksa merangkak ke bilik. Tak tahan dengan keadaan ini, ibuintan segera minta dihantar ke hospital. Ibuintan dikejarkan ke wad kecemasan hospital Kuala Pilah. Sebaik sampai di sana, ibuintan segera disorong ke wad kecemasan tetapi belum sempat sampai ke katil, ibuintan sekali lagi mengalami pitam.. katil di bilik itu seperti diputar 360 darjah, kelihatannya berputar ligat sekali. Rasa melayang dan tunggang terbalik semua yang ada depan mata ketika itu. Tanpa dapat berbuat apa-apa ibuintan terus muntah di hadapan doktor dan jururawat yang berada di sebelah ibuintan. Melambak-lambak muntah, nasib baik hanya muntah air sebab belum makan pagi lagi. Hingga muntah hijau yang teramat pahit keluar barulah ianya berhenti. Kesian juga kepada seorang jururawat di situ sebab muntah ibuintan terkena pada bajunya. Bukan disengajakan.
Sebaik keadaan ibuintan lega sedikit, para doktor seramai empat orang terus membuat pemeriksaan. Mengambil tekanan darah, pemeriksaan jantung dan beberapa perkara lain. Telinga juga diperiksanya. Bermacam-macam soalan juga diajukan terutamanya tentang sejarah kesihatan ibuintan selama ini. Tekanan darah ibuintan ketika itu ialah 145/95. Agak tinggi menurut doktor. Ibuintan terus diberi ubat suntikan yang disuntik dibelakang tapak tangan. Pertama kali kena cucuk kat belakang tapak tangan ni. Sakit juga rupanya terutama bila disuntik dengan ubat kali kedua. Mencucuk-cucuk dalam saluran darah tu rasanya. Ibuintan berada di wad kecemasan selama hampir lima jam dengan dua kali disuntik ubat.
Tepat pukul 11.30 ibuintan dibenarkan keluar dari wad kecemasan itu. Tapi sebelum keluar kena buat beberapa ujian keseimbangan untuk membuktikan ibuintan betul-betul boleh berdiri dan berjalan dengan baik. Hasil dari keadaan ini ibuintan terpaksa ke klinik berhampiran setiap pagi selama lima hari untuk mndapatkan pemeriksaan tekanan darah. Untuk memastikan samada ibuintan telah mendapat darah tinggi.
Pitam hari itu ibuintan rasa berpunca dari memakan lauk yang dibeli yang mengandungi serbuk perasa yang banyak. Hari Rabu lepas ibuintan membawa seorang pelajar ke pertandingan bercerita Bahasa Melayu Tahap 1 ke sebuah sekolah lain di kuala Pilah. Pertandingan itu berlangsung sehingga pukul dua suku petang. Sewaktu dalam perjalanan balik, ibuintan singgah di sebuah kedai makan untuk membeli lauk. Ibuintan belum pernah makan di kedai itu. Semasa makan di rumah, ibuintan sudah terasa gulai kari ikan yang dibeli itu dibubuh dengan perasa tambahan yang agak banyak. Ibuintan memang alah dengan bahan perasa tersebut. Tapi disebabkan tiada pilihan lauk lain, selain dari rasa lapar maka ibuintan makan juga lauk tersebut. Malamnya ibuintan dah rasa kepala ni rasa berat dan pening. Jadi ibuintan masuk tidur awal dari kebiasaan. Dan keesokkannya itulah dunia disekeliling ibuintan berputar 360 darjah... pitam pun datang menyerang. Ini kejadian kali kedua yang dialami selama hayat ini.
Sehingga ke hari ini, sesekali peningnya datang juga menyerang.
..... selalunya setiap kali membeli atau mengoder makanan ibuintan akan minta supaya serbuk perasa tambahan itu tidak ditambah dalam masakan yang diminta dan kalau makanan yang telah siap dimasak pula
16 ulasan:
moga cepat sembuh ye kak..jaga diri. Saya pun memang jarang makan kat luar kecuali bila anak2 nak makan fastfood...yang lain masak sendiri kt rumah.
selalunya makanan kat luar mmg ada msg ... semoga cepat sembuh ... insha Allah .
semoga cepat sembuh ya kak..saya yyg baca kisah akak pun turut berdebar2..nasib baik akak tak terjatuh dalam bilik air tu....
bahayanya, nasib x jadi apa2..moga sentiasa dalam lindungannya
kercunan??
rehatlah...moga cepat baik spt biasa..
tulah kadang2 nak masak sendiri krn puas hati dgn masakan sendiri..tpi klu dah xsempat beli jugak...
Assalam ibuintan.alhamdulillh dah berkurangan.acik boleh rasakan macamana..sebab dah pernah kena macam berpusingnya dunia
salam hujung minggu dan selamat hari ibu...
Alhamdulillah..dah sihat dah...semoga cepat sembuh ye..
Saya boleh rasa apa yang Ibu Intan alami, kalau pening berpusing tu memang teruk, kalau saya lebih rela sakit kepala lagi...
salam ibuintan..
moga ibuintan cepat sembuh yaa..
rehat biar cukup!
Moga cepat sembuh ye. Saya pun dok pening semenjak dua menjak nih, semalam try buat spec kut kut ada masalah penglihatan yg menyebbkan pening. Power tak la kuat sgt. 50 ngan 75 ja. Tapi rabun silau.
harap ibuintan dah pulih sepenuhnya..dan pastikan pantau blood pressure secara berkala, walaupun tiada simptom seperti sakit kepala/pening/sakit tengkuk
Alhamdulillah pening ibuintan dah berkurangan. Semoga cepat sembuh sepenuhnya.
Smoga ibuintan cpt sembuh.......kena jaga mkn tu. Selalunya smua mknn kt kedai mmg dia org letak ajinomoto ni. pd yg alah mmg bahaya. Ibuintan kena hati2 mbli mknn......jaga diri ye ibuintan.
syukurlah IbuIntan dah selamat dan sihat semula, saya pun pernah alaminya masa dalam pantang anak [pertama, adus pusingnya tu memang menakutkanlah.. still teringat.
Salam ibuintan....
Ummi ketinggalan ni, baru sempat menjenguk ibuintan,serius juga alah ibuintan terhadap serbuk perasa, lain kali harap lebih berhati-hati ye. Ummi doakan ibuintan cepat sembuh dan kembali sihat seperti biasa,take care.
slam...sy syor kan andro plus kepada penghidap darah tinggi Andro plus menurunkan selsema..demam selsema.demam panas.sakit tekak.masalah kerosakan hati dan cirit birit.kandungan utama adalah andrografolida yang banyak di temui di daun hempedu bumi.andrografolida berupaya mrncegah pegumpulan kolestrol yang pekat dalam saluran darah ke tahap yang lebih baik berbanding minyak ikan kod sebanyak 10 kali ganda berkesan Kajian d jalankan mendapati andrografolida mengurangkan kelesuan badan.sebanyak 50 %.sakit tekak berkurang sebanyak 40% sakit otot berkurang sebanyak 48% dan pening kerana resdung berkurang sebanyak 30%.resume untuk.di jangkiti selsema 2 kali menurun selepas amal kan.andro plus..sebotol ada 140 biji kapsul harga rm65 saja dengan formula buang lemak n sejukan badan...hubungi sy..mohd zuhairi 0174687570....amat amat berkesan
Catat Ulasan