Followers

Jumaat, 24 Mei 2013

Anak-anak sekolah... selamat bercuti.



Selamat bercuti kepada semua anak-anak yang masih bersekolah.  Manfaatkan cuti dua minggu ini dengan sebaiknya.  Jaga diri, jaga keselamatan dan jaga kesihatan... inilah antara pesanan yang pasti tidak terlupa dititipkan kepada semua anak-anak murid ibuintan setiap kali cuti sekolah bermula.  Moga ibubapa yang sentiasa sibuk selama ini dapat sama meluangkan masa bersama anak-anak mereka.  Bawalah anak-anak  berjalan-jalan, bercuti, berkelah atau apa saja aktiviti yang dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan.
 
 
.....cikgu numpang bercuti sama tapi tidak semua cikgu dapat bercuti sepenuhnya,  ibuintan semestinya akan ke sekolah juga masih banyak kerja menanti terutama kerja-kerja melibatkan fail dan perkeranian., murid saja yang tak ada tapi kerja tetap ada menanti, tambahan pula buka sekolah nanti sekumpulan pegawai akan datang membuat pemantauan 




7 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun tak dapat bercuti sepenuhnya kerana anak yang di tahun 6 ada kelasa tambahan.

tunz berkata...[Reply]

manfaatkan cuti sekolah bersama anak2..selamat bercuti..

NzA berkata...[Reply]

selamat bercuti kak...betul kata akak, kita xbercuti sepenuhnya...minggu pertama saya terlibat dgn tuisyen thn 6

MulutPayau berkata...[Reply]

Selamat bercuti kak...saya minggu kedua padat ngan kelas tambahan...

sal berkata...[Reply]

selamat bercuti..moga ceria2 sepanjang percutian

dr. Tubagus berkata...[Reply]

Wah selamat bercuti..di Indon belum masa bercuti untuk sekolah

Info Medis berkata...[Reply]

Senangnya anak-anak sekolah pada masa bercuti. hilangkan penat belajar