Followers

Ahad, 19 Mei 2013

Sambutan Hari Guru

Sekolah ibuintan mengadakan sambutan hari guru pada hari Jumaat lepas, ditunda sehari kemudian kerana semua murid tahap dua menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun sehingga hari Khamis.  

Majlis sambutan dimulakan dengan majlis bacaan Yassin di surau sekolah.

Setelah majlis bacaan Yassin, semua murid  bersukaneka bersama guru-guru di padang.  Cikgu dan murid bermain dan berkejaran di padang. Seronok, meriah, bergembira sesekali bersama begini dapat melepaskan segala tekanan. Selepas rehat, semua berkumpul pula di dalam dewan.  Kalau hari guru biasalah acara wajib untuk semua guru ialah bacaan ikrar guru serta nyanyian lagu Guru Malaysia.

Selamat hari guru yang terakhir buat Tn Hj Sulan (bersongkok) yang akan bersara pada akhir tahun ini.  Dalam seronok nak bersara terselit pula rasa sedih katanya.




Muka-muka ceria.




 Persembahan gwiyomi murid Pra sekolah paling memikat hati. Comel semuanya.



Persembahan koir murid tahun enam menyanyikan lagu sekolah yang telah diberi sentuhan baru.


Dan acara wajib juga sebelum balik ialah jamuan makan tengah hari. Semua makanan disumbangkan oleh guru-guru sendiri. Menu utama makan nasi berlaukkan daging salai, sayur campur serta ulam-ulaman, sate 1000 cucuk, kek sumbangan YB Adun Sri Menanti, nasi lemak serta pizza.  Sate terpaksa ditapau sebungkus seorang.  Bawa balik sebab dah tak termakan.


Tahun ini juga semua guru menyumbang untuk membeli hadiah kepada semua murid.  Kami sama-sama dapat hadiah , cikgu dapat murid pun dapat.  Murid juga kenyang dengan sumbangan nasi lemak sebungkus seorang, air kotak, buah serta makanan ringan yang lain.


 .... terima kasih kepada anak-anak didik yang memberi hadiah , namun hadiah yang paling bermakna kepada semua guru ialah kejayaan anak-anak didik di dalam pelajaran dan kehidupan mereka kelak. 






7 ulasan:

Teena Tna berkata...[Reply]

Wahh..siapada gwiyomi lagi..mesti best kan..selamat hari guru!

MulutPayau berkata...[Reply]

Wah...meriahnya...

Ibu Lala berkata...[Reply]

meriahnya. selamat hari guru.

ahmad humairi berkata...[Reply]

"Hari Syok Sendiri" kita dah abihhh...kalo panjang umo, sambut lagi tahun depan..... selamat hari guru buat ibuintan....maaf zahir dan batin (macam hari rayala plakk)...hehe

azi berkata...[Reply]

tentu seronok anak-anak murid cikgu semua sebab dapat hadiah....:)

Bunda_nora berkata...[Reply]

meriahnya...selamat hari guru...

ummiross berkata...[Reply]

Harap belum terlewat nak ucap..
Selamat Hari Guru Ibuintan.Tumpang seronok tengok sambutan kat sekolah ibuintan.
Ummi suka sambutan hari guru, meriah, sampai hari masih jadi kenangan manis.