Followers

Selasa, 14 Mei 2013

Sama naik.

Terima kasih kepada sahabat yang meninggalkan komen di entri sebelum ini... ibuintan tidak berkesempatan membalasnya.. terima kasih kerana singgah dan mendoakan kesihatan ibuintan.



 

Mak mertua dan menantu sama agenda. Jururawat sedang memeriksa tekanan darah mak mertua.  Sejak mendapat serangan stroke ringan, setiap hari mak  terpaksa dibawa ke klinik untuk diperiksa tekanan darahnya.  Nasib baik klinik desa dekat  dengan rumahnya. Jadi tidaklah menjadi masalah sangat untuk menghantarnya setiap pagi.  Setelah seminggu mak  dikehendaki pula membuat pemeriksaan di hospital dengan membawa hasil ujian tekanan darah yang dibuat pada setiap hari tu.  Begitulah rutin mak  sejak mendapat serangan stroke ringgan beberapa minggu lepas.  Keadaan mak  makin baik tapi masih terpaksa menggunakan tongkat  untuk berjalan.  Mak  juga terpaksa memakai lampin pakai buang setiap hari kerana mak mertua ibuintan kini juga menghadapi masalah lemah kawalan air kencing, tau-tau dah basah saja kainnya.


Nasib baik dua orang adik suami tinggal tidak jauh dari rumah mak mertua, jadi mak dan abah mertua ibuintan bergilir-gilir ke rumah kedua anaknya itu.  Kata cucu-cucu mereka kini,... "petang Ahad je atuk dan uwan check-in di rumah Mak Tih, petang Jumaat check-out... balik rumah sendiri" kemudian minggu berikutnya pula 'check-in" di rumah Pak Cu.... begitulah selang seli setiap minggu.  Rumah anak lain yang jauh belum mahu lagi.  Ibuintan dan adik-adik ipar yang lain yang tinggal di luar pula bergilir balik setiap hujung minggu.  Ibuintan dan keluarga biasanya balik pada petang Sabtu dan bermalam di sana.  Dah puas mengajak tinggal bersama kami untuk seminggu  tapi ditolak mentah-mentah.  Macam-macam alasan yang diberi terutamanya oleh abah mertua ibuintan. 


Kakak ipar ibuintan ada membelikan satu set alat mengukur tekanan darah jenama Omron untuk kegunaan mak tapi mak tak yakin, mak tetap nak buat pemeriksaan di klinik juga.  Adik ipar (Pak Cu) sebab taknak bising-bising terpaksa jugalah mengikut kehendak mak, mak tetap nak 'misi' juga yang pam dan periksa dilengannya.  Ibuintan ambil kesempatan juga menggunakan alat tersebut , senang sangat rupanya.  Ibuintan pun bercadang juga hendak ,membelinya untuk kegunaan di rumah sendiri.  Ibuintan juga dikehendaki ke klinik setiap dua hari untuk diperiksa tekanan darah selepas pitam minggu lepas.  Setakat ini menurut 'misi' tekanan darah ibuintan masih normal tapi tak tahulah apa kata doktor bila berjumpanya hari Khamis nanti.  Kalau disahkan darah tinggi akan bermulalah episod makan ubat darah tinggi setiap hari.



.... memang kesihatan amat mahal harganya...





7 ulasan:

kasihibu berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan
semoga kesihatan ibuintan ,mak mertua dan semua keluarga
Dalam keadaan baik terkawal
suami sya lain pulak masalahnya w.pun kurus tp tahap kolestrol tinggi terpaksa makan ubat

NzA berkata...[Reply]

ikutkan je kehendak org tua tu kak..biasa mcm tu lah..mama sy pula lebih selesa check di rumah guna alat tu..adik siap bekalkan utk check kencing manis utk kegunaan mama n abah....
Take care kak n achik...moga bransur sihat....

sal berkata...[Reply]

moga semuanya dipermudahkn urusan utk dpt rawatan dan cepat sembuh..amin

ummiross berkata...[Reply]

Alhamdulillah, ada anak-anak yang tinggal berhampiran dan dapat bergilir menjaga ibu mertua ibuintan. Semoga dipermudahkan segala urusan.

azi berkata...[Reply]

Semoga kesihatan Cikgu , mak Mentua dan semua anggota keluarga baik hendaknya. Nasib baik emak saya tak ada masalah kesihatan, pening-pening sikit tu adalah...:)

lizz berkata...[Reply]

moga mertua cepat sembuh yer..

Tanpa Nama berkata...[Reply]

salam
makan ikan sbg main diet. elakkan santan,berminyak dan berlemak dan berdaging serta pulut...kambing tu toksah disentuh lagi.

harian makan karot,celery dan oat dgn air panas. elakkan makan ni dan exercise loose weight insyaallah
ok. minum airnkosong