Followers

Selasa, 4 Jun 2013

Salah jangkaan.

Wah, dah seminggu rupanya tidak bersiaran.  Selama beberapa hari lepas internet di rumah ibuintan mengalami gangguan yang kritikal.  Tersangat lambat loadingnya malah kekadang langsung tak ada capaian internetnya. 




Ingatkan masalah ni berpunca daripada tindakan tiga teknisen muda ni.  Sebelum dikerjakan dek budak bertiga tu, line internet tiada masalah pulak.  Selepas mereka bertiga mengerjakan modem wifi dirumah ni barulah capaian internet mengalami gangguan.  Ingatkan mereka bertigalah puncanya.  Mereka bertiga tersangat aktif dalam rumah ni, semua tempat jadi tempat permainan bagi mereka.  Dah tunggang langgang jadinya. 

Sofa pun dah berbirat-birat dengan cakaran kuku mereka bertiga.  Carpet tiada lagi diruang tamu terpaksa ganti dengan tikar sahaja buat sementara waktu ini.  Koleksi cawan-cawan kecil yang dikumpul selama ini pun dah beberapa biji pecah berderai.  Kalau dah dikeluarkan dari dalam rumah pula pantang saja bunyi tombol pintu dipulas mereka bertiga dah stand-by depan pintu, buka saja daun pintu berdesup mereka masuk.  Disebabkan mereka bertiga sudah menjadi kesayangan semua ahli rumah ini makan tindakan mereka bertiga kini menjadi bahan hiburan sampingan pula. Kalau selama ini hanya ibuintan seorang saja yang gemarkan kucing kini semua sudah berubah, semua dah terkena 'ilmu pengasih' kucing.  Abahintan yang paling anti selama ini pun dah tersangat jauh berubahnya, dia pula yang paling suka melayan tiga beradik ini bermain.  Dia juga yang menyediakan pasir dan tempat pembuangan tiga beradik ini dan nasib baik tiga beradik ini juga berdisiplin dan tidak menaburkan bahan buangan mereka merata-rata.

Intan yang selama ini paling penggeli dan takutkan kucing juga turut berubah.  Ketiga beradik ini bergilir-gilir tidur dipangkuannya.  Dalam hpone pun dah penuh dengan gambar mereka.  Intan juga sangat hiba bila meninggalkan tiga beradik ini, mengalirkan airmata jugalah Intan sebelum keluar rumah minggu lepas.  Intan kini sedang melanjutkan pelajarannya di kolej matrikulasi.  Setiap kali menelefon mesti bertanyakan tentang tiga beradik ini.

Disebabkan gangguan internet yang dah berlanjutan selama empat hari maka hari Sabtu lepas, abahintan membuat aduan ke TM kuala Pilah. Kami menjangkakan masalah modem wifi di rumah kami itu penyebabnya.  Pihak TM berjanji akan menghantar jurutekniknya untuk membuat pemeriksaan.  Petang hari Sabtu itu juga juruteknik TM datang membuat pemeriksaan kerosakkan. bila dicuba dan diperiksanya, juruteknik itu mengatakan bukannya masalah modem tapi masalah berpunca dari suis utama yang terdapat tidak jauh dari rumah ibuintan.  Masalah gangguan internet selesai selepas juruteknik TM berkenaan membuat pemeriksaan di suis utama. 

Nasib baik budak tiga beradik itu tidak pandai bercakap kalau tidak masak kami 'dipulangkan paku buah keras' kepada kami semua yang selama ini menuduh mereka bertiga punca kerosakan modem wifi.  Sabar je la ...



10 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Oh.. boleh juga hilang gelinya Intan pada kucing ye cikgu. Kakak tak boleh lagilah. Kalau dekat aje kakak jerit dulu.

Memang comel tapi kakak geli..

Dr K berkata...[Reply]

hahahaha..kucing 3 ekor tu jadi technician TM..:)

ada jantan betina ke? kalau ada, tak lama lagi bertambah la koleksi kucing ibuintan ;)

sal berkata...[Reply]

comei..comei sangat...terhibur bela kucing..tpi memang agak mecabar skit....

NzA berkata...[Reply]

COMEL JEKAN W.PN TRKADANG IANYA BUAT KITA GERAM....

MulutPayau berkata...[Reply]

hihihi...
tersalah tuduh rupanya...
Comel jer 3 beradik tu....

Tanpa Nama berkata...[Reply]

... heh heh heh ... kalau 'budak' 3 beradik tu dapatkan kat anak perempuan dan anak bungsu saya ... tak tahulah ... pakai 'lunyai' la 'budak ' 3 beradik tu ... hehe heh... anak bungsu saya tu kalau boleh tidur pun nak bawa anak kucing sama ..

ummiross berkata...[Reply]

hehe..meriah jadinya bila ada 'anak kecik' ni kan ibuintan. Kat rumah ummi ni pun, anak angkat 'berbulu' nilah yang jadi penghibur, cakar kerusi, cakar beg, tapi memang tak jadi nak marah, macam ibuintan kata, jadi bahan hiburanlah pulak, sekeluarga jadi ceria kerana dia.

ps: ibuintan..tlg email atau sms address ye, ummi nak pos FM sebagai souvenir, tanda ingatan. Email: ummiross@gmail.com

Tanpa Nama berkata...[Reply]

http://dailym.ai/147UUCa Pakistan internet users top Google searches for gay sex despite being one of the world's most ... #MailOnline

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..tak pandai bercakap..tapi kita sendiri yang terasa sebab dah menuduh he he

kasihibu berkata...[Reply]

Comelnya budak budak nih menikus geram!!!