Followers

Khamis, 11 April 2013

Tiada lagi cempedak di luar pagar.

Akhirnya sebatang pokok cempedak di luar pagar hadapan rumah telah selamat di tebang.  Pokok hasil tanaman arwah abah yang dah berusia puluhan tahun.  Dah banyak memberi hasil kepada kami sekeluarga dan haiwan lain yang sering datang jika musim buahnya tiba.  Pokok cempedak ni sudah terlalu tinggi dan makin condong batangnya.  Buahnya makin tidak menjadi dan tidak elok.  Musim yang baru-baru ini kami hanya dapat sebiji saja buahnya yang cantik elok masaknya.  Yang lain-lainnya busuk di makan ulat buah.  Harap baunya saja yang semerbak bila masak tapi isinya tak elok.  Buat 'menghampakan tekak saja.




Rancangan asalnya abahintan hanya hendak mencantas dahan-dahannya yang dah menyungkup atap garaj kete di halaman rumah.  Dua petang juga lah operasi ini berjalan.  Hari pertama abahintan hanya membuang semua dahan-dahan.  Membuang dan menggemaskan dahan dan rantingnya saja dah memakan masa.  Petang hari kedua baru abahintan menebang keseluruhan pokok.  Nasib baik ada mesin penebang pokok, senang dan cepat sikit kerjanya.  


Lepas ni kalau berhajat nak makan cempedak goreng, beli  di gerai yang banyak menjualnya di tepi jalan laluan Kuala pilah Seremban tu.  Nasib baik dapat yang manis , tentu puas hati.  Kalau dapat yang tawar, yang diperam dengan karbaid... nasib tak baik  la.

 ..... lepas ni tiada lagi la entri tentang  cempedak di luar pagar ni...





6 ulasan:

Ibuhani berkata...[Reply]

X per ibuintan......nnti tanam yg baru!

Zaitun berkata...[Reply]

Kalau dibiarkan boleh merosakkan bumbung.Nanti bolehlah tanam yang baru.

makchaq berkata...[Reply]

Beli buah ni memang kadang2 amat mengecewakan...

ummiross berkata...[Reply]

Cempedak goreng, best tu, ummi suka sangat.

MyFreeMinded berkata...[Reply]

teringat lah pulak dah lama tak makan cempedak goreng

Ibu Lala berkata...[Reply]

kalau buahnya busuk amatlah sedihkan...