Pagi semalam, lebih kurang pukul sepuluh setengah pagi, seorang pembantu pejabat datang menghulurkan sepucuk surat kepada ibuintan, Surat yang baru diterima katanya. Setelah surat dibaca ibuintan rasa terkejut yang teramat, terbayang hasil usaha dan penat lelah ke empat-empat peserta Kuiz tidak berbaloi sama sekali. Usaha ibuintan juga. Sepanjang cuti sekolah yang lalu, empat hari kami berkumpul di sekolah membuat ulangkaji dan persediaan untuk pertandingan kuiz ini. Begitu juga beberapa hari disebelah petang dikorbankan untuk ini.
Alih-alih pagi semalam dapat surat jemputan menyertai Pertandingan Kuiz yang berlangsung pada 3 April iaitu hari Rabu pukul dua setengah petang. Pertandingannya hari Rabu, terima suratnya hari Khamis. Memang tegang sangat ibuintan rasakan pagi semalam. Telefon rakan-rakan dari sekolah lain bertanyakan hal yang sebenarnya dan mereka memaklumkan hanya dua sekolah yang tidak menghantar peserta. Salah satunya sekolah kami. Punah harapan keempat-empat murid ini untuk menyertai pertandingan ini.
Setelah diberitahu hal yang sebenarnya pagi tadi, terbayang kekecewaan di wajah mereka. "rugilah', 'tak best lah', 'sia-sia lah' ...itu saja yang terkeluar dari mulut mereka pagi tadi. Sebagai memujuk hati mereka yang kalah tanpa bertanding, ibuintan hanya mengatakan 'tiada rezeki kita, kamu kecewa, cikgu lagi kecewa". Masa berjam-jam mengadap komputer untuk mencari bahan terasa amat tidak berbaloi. Tidak berbaloi juga kepada tiga orang murid dari tahun enam ini yang terpaksa mengorbankan waktu belajar mereka selama lebih dua minggu semata-mata untuk membuat persiapan ke pertandingan ini.
Namun esok Sabtu, ibuintan tetap juga ke sekolah. Membantu tiga orang murid lain pula yang menyertai pertandingan Buku Informasi . Buku ini akan dihantar pada 8 April hari Isnin depan. Walau apa jadi pun, esok buku ini wajib disiapkan.
Kepalo dah start berdenyut ni!
.......................... takde pulak!
12 ulasan:
kesian nya budak2 tu..cik gunya jugak..sabar je la cik gu
Pada cikgu kakak kesian juga tapi pada budak-budak tahun 6 itu lagilah kecewanya dia. Belum masuk ibu-bapa mereka lagi. Tak baik cara penyampaian surat yg delay macam ini.
Alahai, saya yg membaca entry ibu intan ni pun rasa kecewa. Apatah lagi anak2 yg dah gigih berusaha tu. Semoga ada peluang dilain kali.. In sya Allah..
2lh yg sering brlaku pd kita...dh prepare bagai nk rak, depa buat kerja smbil lewa jerrr.....
Lahai siannye. Sabar ye. Pasti ada hikmahnya.
Kasihannya.. Kami yg membaca pun dapat rasakan kekecewaan akak.. Harap perkara ni tidak berulang.. Moga akak dan anak2 murid akak sabar dan tak patah semangat... Mudah-mudahan ilmu yang akak sampaikan akan berguna untuk mereka juga dalam pelajaran.
Salam Ibu Intan,
Alahai kenapalah jadi macam tu. Kesian budak2 tu, kecewa mereka. Nak kata sia2 tu tidaklah.
Betul seperti kata Ibuintan, tak ada rezeki.
Mesti kecewa sangatkan ibuintan, kesian kat budak2, kat cikgu pun kesian juga, dah berpenat lelah, terlepas pula tarikhnya.
InsyaAllah, moga lain kali Allah menggantikan yang lebih baik.
salam Ibu Intan.Moga cepat2 sembuh:)
bnykny penadol..
moga ibuintan cepat sembuh..
kesian budak2 tu, jangan patah hati terus dah...bawa belanja ABC...
Kita yang baca ni pun sentap rasa, inikan budak2 tu. Sedih sangat rasanya, kesian kat budak2 tu. Kesian kat harapan diaorang tu.
Catat Ulasan