Followers

Selasa, 16 April 2013

Pantang.

Alhamdulillah... terima kasih kepada semua sahabat pembaca yang meninggalkan komen di entri sebelum ini.  Terima kasih juga atas doa untuk kesembuhan mak mertua.  Syukur, mak mertua ibuintan telah dibenarkan keluar wad pada petang semalam.  Keadaan kesihatannya makin baik walau badannya masih lemah.   Menurut suami yang menjenguknya petang tadi, keadaan mak masih lemah tetapi boleh bangun dan berjalan dengan dibantu. Mak juga perlu ke hospital dua kali seminggu untuk menjalani latihan fisioterapi.   

Menurut doktor, serangan strok ringan mak mertua disebabkan tekanan darahnya agak tinggi pada masa kejadian.  Semasa mak di bawa ke hospital tekanan darah mak ialah 85/183 yang menurut kata doktor tinggi untuk mak yang telah berusia 84 tahun.  Mak juga telah dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban  pada malam Sabtu untuk menjalani CT scan kepala dan hasil ujian ini mendapati terdapat juga sedikit gangguan pada saraf di kepala mak mertua.  Semasa serangan mak mertua merasa kebas dan lemah bahagian badan sebelah kirinya.

Keluar saja dari hospital, mak mertua terus minta anak-anaknya belikan tongkat.  Alasannya senang nak bergerak sendiri tanpa bantuan anak-anak.  Mak mertua boleh berdiri tapi tidak  stabil dan masih tergigil-gigil, perlu berpaut atau memegang benda supaya dapat berdiri dengan baik.  Setelah mencari dibeberapa klinik dan farmasi akhirnya suami berjumpa dengan 'adult walker 4 kaki' ini, terus membelinya.  Walker ni senang dibawa dan boleh dilipat. Tak tahu lah samada mak mertua ibuintan dah gunakan walker ni ataupun belum.

 Mak mertua sekarang tinggal di rumah adik ipar.  Suami dan adik beradiknya yang lain tidak membenarkan mak dan abah mertua yang tinggal berdua saja duduk di rumah mereka.  Rumah mak mertua di kampung tandasnya di luar rumah.  Dari dulu lagi kami anak menantunya dah puas memujuk abah mertua untuk membina tandas di sebelah bilik air.  Bilik air di sebelah dapur saja, dalam kawasan rumah tapi abah mertua tidak membenarkan.  Alasannya dari dulu sampai kini tandas/jamban mesti luar rumah.  Buat yang baru juga tetap di luar kawasan rumah, di hujung halaman. Rasanya ada juga dalam 20 meter jaraknya dari dalam rumah. Kalau memalam nak berhajat besar mesti ada seorang yang terpaksa berkorban menjadi teman menunggu di luar tandas. 

Tapi bila dah timbul kejadian begini, suami ibuintan dah sepakat dengan adik beradik yang lain nak membuat tandas yang baru di dalam rumah bersebelahan bilik mandi.  Rasanya kali ini hendak tak hendak abah mertua terpaksa akur  dan mengalah juga.  Demi keselamatan dan kebaikan mereka berdua juga.  Baru beberapa hari di rumah anak sendiri pun abah mertua dah bising nak balik ke rumah sendiri.  Walhal bukan jauh pun tapi tetap nak tinggal rumah sendiri juga.   Walaupun adik dan kakak ipar ibuintan ada yang tinggal berhampiran rumah mak mertua tapi mereka juga ada hal dan urusan masing-masing jadi tetap tak dapat nak menemankan mereka setiap hari.  Tu yang bimbang sangat kalau-kalau mereka terjatuh bila ke tandas yang agak jauh tu.

........ Tapi abah mertua tetap jugak "pantang abah jamban dalam rumah ni, jamban di luar tompek ea'...  camno tu!




6 ulasan:

zulaikha megat berkata...[Reply]

samalah mcm arwah bapak saya..takmau jamban didalam rumah takut busuk rumah..

tapi bila dia sakit dan terpaksa dipotong kakinya barulah ada jamban dalam rumah..

semoga makmentua ibu intan cepat sembuh ya..

NzA berkata...[Reply]

moga beransur sembuh...inshaallah....

ummiross berkata...[Reply]

Alhamdulillah, ramai anak2 yang boleh bergilir menjaga, tapi biasalah orag tua memang lebih suka kat rumah sendiri kan.
Ummi doakan moga ibu mertua ibuintan cepat sembuh dan pulih seperti biasa.

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..arwah bapak acik pun maam tu..walaupun kita buatkan jugak kat dalam..dia tak mau guna..dia tetap bilik mandi dan tandas diluar rumah

MyFreeMinded berkata...[Reply]

makayah pun gitu gak, kalau kerumah anak2 bukan boleh lama2, nak duduk rumah sendiri gak... hehehe... yang pasti kita akan ditempat mereka suatu hari nanti...

Ibu Lala berkata...[Reply]

tingat masa kat kampung. tandas kat luar rumah gak..