Followers

Rabu, 3 April 2013

Panas berdenting.



Sejak zaman bersekolah lagi dah tertulis dalam buku Geografi  bahawa Kuala Pilah adalah kawasan paling kering di Malaysia. Memang betul dan tak dapat dinafikan lagi.  Sepanjang minggu ini  Kuala Pilah memang kering.  Panas terik dan membahang hingga ke petang malah membawa ke malam juga.   Badan belum kering dilap selepas mandi, peluh dah menceceh keluar.  Rasa nak berendam sepanjang hari.  Sangat tak selesa tambahan ibuintan ni jenis mudah berpeluh dan kerja pula memaksa sentiasa berjalan dan turun naik tangga.  Menjelang pukul sepuluh badan dah rasa melekit. Sejak dua hari ni juga ibuintan membawa tuala mandi ke sekolah.  Terpaksa mandi di tandas untuk mengelakkan badan terlalu melekit dek peluh.  Nasib baik bangunan baru ni tandasnya cantik dan ada ruang untuk mandi.

Dan nasib baik juga bilik guru, makmal komputer dan bilik ibuintan di bilik kelab doktor muda ada penghawa dingin, dapat juga menyejukkan badan sesekejap di waktu rehat.  Dalam kelas memang membahang.  kipas angin macam tak berfungi, makin ligat makin panas pulak rasanya.


Tapi petang tadi ........Syukur.. setelah lebih seminggu kampung ibuintan tidak disirami hujan, petang tadi hujan turun juga sekejap.Walaupun sekejap tapi lebat, dapatlah  membasahkan  tanah yang makin kering, menyegarkan tumbuhan yang makin kekurangan air dan mengurangkan kepanasan udara yang membahang sepanjang minggu ini.   Alhamdulillah.

Walau cuaca panas tapi anak-anak murid tetap juga ligat berlari dan bermain sesuka hati.  Tak kesah langsung badan mandi dek peluh.  Bau diorang tak boleh nak cakap lah, macam-macam bau yang menyengat lubang hidung.  Waktu pagi tahan lagi tapi menjelang tengah hari memang tak sanggup nak duduk dekat, menyengit baunya.  Paling ketara bau pelajar anak orang Asli la.... tambahan ada yang tak mandi pagi.  Naik loya pun ada.  Bukan nak  mengata mereka tapi itulah hakikatnya.  




.....teringat di darjah satu dahulu.. bila cikgu tanya kenapa taknak jadi cikgu... "taknak mandi pagi' jawab ibuintan jujur... hehehe maklumla masa tu mandi guna air dalam kolah yang terdedah dan berembun, memang sangat sejuk di waktu pagi.  Bilik air masa tu di luar rumah, hanya berdinding zink dan tidak beratap.  Kalau hujan pagi, lagilah sejuk... menggigil.  Mandi dalam hujan, subuh gelap lagi  tu. Dan pemikiran pulak masa tu hanya membayangkan jadi cikgu mesti bangun awal dan mandi awal pagi.  Sebab masa bersekolah dulu pukul enam setengah dah keluar dari rumah dengan berjalan kaki dan bila sampai sekolah cikgu-cikgu dah sampai dulu.  Jadi ibuintan bayangkan mesti cikgu tu bangun lagi awal, lagi awal lagilah sejuk.... so takut jadi cikgu dengan alasan takut mandi pagi sebab sejuk.  Nasib baik ketakutan itu tak berkekalan kalau tak haru jadinya... bila cikgu tak mandi pagi... hehehe malu amek den tu! Mau bau kambing gurun lak tu!









6 ulasan:

Ibuhani berkata...[Reply]

nk buek cm mano.....dh mmg pilah kwsn terpanas kt msia ni. Biar tmpt terpanas tp org2 pilah cool yo kan..... :)))

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Di JB pun samalah cikgu panas berdenting tapi bila masuk petang hujan mencurah tak terkata - tiap-tiap hari macam ni.

Last... jadi cikgu pulak ye. Tak sangka kan.

ummiross berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

Orang Terengganu kata 'panas dering!, hehe maknanya panas sangatlah tu.

Bila jadi cikgu kena rajin mandilah pulak kan, tak tahan balik badan berpeluh-peluh bila balik sekolah.

sal berkata...[Reply]

Memang sungguh panas....di sini pun sama...

NzA berkata...[Reply]

kat muar pun panas membahang kak w.pn sskali hujan turun.....

Unknown berkata...[Reply]

masaalahnya dibilik saya saja kat luar tak panas tak tau kenapa