Followers

Jumaat, 5 April 2013

Minat lama.

Minat punya pasal, turutkan saja la.  Tak dapat hari ni, esok-esok cuba lagi.

Petang semalam ....:"Kak, nak tanya la.  Akak beli apa ni, bungkusan besar-besar gini.  Selalu pulak tu" kata sipenghantar 'abang' pos laju dengan ramahnya.  Akak ni jawab dengan senyuman je. ... adalah!







Ni saja isinya.


Sekarang tengah  mencari dan mendapatkan dua bunga ini untuk melengkapkan koleksi yang sedia ada.  Masih banyak yang kurang dan belum lengkap lagi.  Tapi walau macam mana berhajat sekali pun kalau harganya tak masuk dek akal dan masuk kategori tak mampu milik, biarkan saja dulu.  Belum pulak sanggup berhabis demi benda-benda ni.  Banyak lagi keutamaan lain.  Ini hanya sekadar memenuhi minat dan sebagai terapi saja.



.... belilah ibu, yang penting ibu gembira... terima kasih kepada anak-anak yang memberi sokongan dan kepada abahnya yang sesekali  menghulurkan sumbangan.


6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Masa kakcik kecil dulu, set kangkung itulah yang selalu digunakan. Tak sangka sekarang ianya jadi rebutan. :)

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Kalau ibuintan ke JB di Plaza Angsana ada satu kedai jual barangan seperti ini dari yg kecik barang sampailah besar.

Kakak ada satu pinggan makan bunga ini sebab kakak bawa dari kampung masa anak dara dulu. Simpan sebab kenangan ianya arwah mak kakak beli dulu.

Ibu Yusuf Maryam berkata...[Reply]

Eh, samalah hobi kita ibuintan. Masa mula2 terjebak, agak menggila2 juga. Sekarang dah insaf sikit. Takde tmpt dah nak letak dah kat rumah. Hihi.. Sekali sekala ada juga g cuci mata kat group APC kat fb tu :D

NzA berkata...[Reply]

kalau dh minat kak kita sanggup mencari utk kepuasan diri....CANTIK!!!

ummiross berkata...[Reply]

ibuintan..ummi pun ada pinggan acar dan pinggan nasi yang bunga kangkung tu, mak yang bagi, ummi simpan je dulu, tak sangka kan barang lama ni dah jadi rebutan balik.

MyFreeMinded berkata...[Reply]

Ibuintan, kat tempat kerja kita pun ada seorang ni suka kumpul cam akak ni. Kalau ibu saya faham lah, ibu seorang perempuan, kawan saya tu lelaki tau Ibu.