Followers

Selasa, 23 Oktober 2012

Sesi tayangan tertunda.

                                         
Assalamualaikum.... moga semuanya sihat dan dalam naungan dan lindunganNya sentiasa.

Syukur... dah hampir ke penghujung tahun 2012.  Hanya beberapa hari sja lagi sesi persekolahan tahun ini akan berakhir.  Hampir setahun juga ibuintan berada di sekolah baru ini.  Syukur .. semuanya berjalan lancar dan ibuintan juga sangat bersyukur kerana membuat pilihan tepat berpindah ke sini.  Semuanya menerima ibuintan dengan baik.  Baik rakan sekerja, kakitangan sokongan, anak-anak didik dan tak kurang juga ibu bapa penjaga... mereka dapat menerima ibuintan seadanya. Alhamdulillah... kerana komunitinya yang tidak ramai maka setiap aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar kerana di sini semangat kerjasama dan permuafakatannya sangat tinggi.  Semua berganding bahu dalam menjayakan semua aktiviti dan menjayakan misi.


Hujung minggu lepas, kami selesai menganjurkan aktiviti perkhemahan unit berunifom... pengakap dan tunas puteri.  Dua hari satu malam.  Bermula pagi Sabtu hingga tengah hari Ahad.  Syukur sesangat bila cuaca juga melancarkan perjalanan program ini.  Kami guru-guru pada awalnya sangat gusar apabila hampir setiap petang dan malam sepanjang minggu lepas  hujan turun dengan lebat.  Risau  aktiviti tidak dapat dijalankan jika hujan hinggakan kami terpaksa merancang plan B pula untuk mengganti aktiviti luar yang dirancang.


Cuaca yang cerah sepanjang hari tidak mengganggu aktiviti pertandingan menyediakan makan malam ala-kadar, koloborasi peserta perkhemahan dengan ibu bapa mereka.



Seronok nengok gelagat ibu dan anak-anak.... macam main masak-masak pun ado gak!




Bila ibu bapa diberitahu bahawa makan malam peserta adalah berdasarkan aktiviti ini maka sambutan ibu bapa sangat baik.  Mereka datang menolong peserta memasak sekaligus bertanding juga... mereka takut juga agaknya anak mereka kelaparan malam nanti.  Maklumlah masak pun guna kayu api je...


Maunya ibu bapak tak risau... buatnya api tak nyala2 jugak, sampai ke malam la tak masak, takut anak-anak  mereka tak makan.




Berebut nak menghias tu.... hehehe  ... copek kak hakim dah datang tu!








Masa satu setengah jam diberi, pukul lima hingga enam setengah.  Masakan ala kadar berasaskan sardin, telur dan ikan bilis sebagai bahan utama tapi bila dah ibubapa join sama maka ala kadar pun menjadi ala ala-carte.... gempak habis,  Pening jugak la para juri nak beri markah.   Hiasan tak kalah... pengaruh program master-chef la ni!





Selesai je hakim membuat pemarkahan ... po tunggu lae, kito makannnn....  kojap solosaiiiiiii
Sumo tumpang sekaki termasuk la cikgu2 nyo sokali...


Ibuintan aim goreng pucuk ubi ngan ikan bilis tu... dalam piring kecil warna putih di tengah2 tu, memang tersangat sedap........,pedas,garing dan rangup... dibawa dari rumah oleh seorang penjaga.


Ibuintan teruja dengan aktiviti ni sebab aktiviti ni je yang ibuintan dapat join sama sebab tugasan ibuintan sepanjang perkhemahan ini ialah jaga makan minum semua yang terlibat. Ketua chef la konon-kononnya, kami sengaja tidak menempah makanan sebab kami inginkan suasana perkhemahan itu dirasai bersama... bergotong-royong menyediakan makanan untuk sepanjang aktiviti ini berlangsung.




2 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

saya pun terlior tengok goreng pucuk ubi dengan ikan bilis tu ..

kalau buat rendang lagi sedap .. kalau pandai buatlah !

ibuintan berkata...[Reply]

Pak Ngah... goreng pucuk ubi tu pun tak ramai yang pandai buat, tak garing tak sedap kan.

saya tak suka lak rendang pucuk ubi ni kalau rendang pucuk paku tu pasti tak tolak