Followers

Jumaat, 26 Oktober 2012

Lemak, lemak.... santan berlada.



Pagi semalam selepas subuh lagi adik ipar dah telefon.  Pertanyaan klise "akak balik umah mak tak, buek lomang".  Tu lah yang biasanya yang ditanya setiap hari menjelang raya.  Istilahnya hari mantai kalau kat negori sembilan ni.  Hari sibuk menjelang raya, sibuk menyiapkan juadah untuk  menyambut raya.  Kalau kat Pilah ni tentulah lomang, ghondang dan sup tulang yang wajip di masak pada hari tu.  Tu sebab daging camno mahal pun tetap habis terjual.

Ni gerai jualan daging pada malam mantai hari tu.  Malam Jumaat di salah satu gerai yang menjual daging kerbau dan lembu di simpang Tanjung jalan masuk ke kampung ibuintan.  Malam itu ada sembilan buah khemah yang di pasang khas untuk tempat jualan daging segar.  Hanya daging lembu dan kerbau saja yang dijual.  Ibuintan membeli dua kilo daging kerbau, sekilo daging lembu dan dua kilo tulang rusuk kerbau.  Daging kerbau berharga RM25 sekilo, daging lembu RM 23 sekilo sementara tulang pula RM23 sekilo..  mahal berbanding harga  di pasar.  Tapi dalam mengeluh harganya agak tinggi tetap jugak membeli di situ. Pelanggan jugak sentiasa datang silih berganti, bukan setakat penduduk setempat tetapi juga orang luar yang tahu tempat itu memang jadi tempat jualan daging semasa hari mantai.

Ibuintan sekeluarga lebih mengemari daging lembu berbanding daging kerbau.  Ibuintan membeli daging kerbau untuk dimasak rendang kerana memenuhi permintaan sahabat baik.. cikgu Ida.  Cikgu Ida yang asalnya dari sini tetapi kini tinggal dan mengajar di Kuantan menelefon pada minggu lepas meminta ibuintan memasakkan 2 kg  daging dan 2 ekor ayam untuk dibuat rendang...  Cikgu Ida tidak sempat untuk memasak rendang sebab bercuti 3D2N di Cameron Highland. Dia juga menempah lima batang lemang.  Lemangnya pula ibuintan tempahkan pada adik ipar.



Sebelum balik umah mak mertua, masakkan dulu rendang daging permintaan cikgu Ida. 2kg daging kerbau, ibuintan guna 7 biji kelapa untuk santan dan keriseknya.  See!! minyaknya, walaweh.. harap ckgu Ida puashati.

Selepas dah siap rendang, baru bertolak ke umah mak mertua pulak, pukul 10 setengah pagi semalam.  itu pun dah tiga empat kali adik ipar talipon... bilo balik, bilo balik!  Hahaha... ponting gak ghupo ea sey ni. Sampai kat umah mak mertua hanya biras.. isteri adik ipar dan dua ank keciknya yang dah sampai dan sedang menyediakan bahan untuk memasak rendang.


Untuk lemang, rendang daging dan ayam sebanyak 25 biji kelapa/nyio digunakan.  Semuanya nyio masak untuk rendang dan campuran nyio tua dan masak untuk lemang.  Formula orang tua khasnya mak mertuaku ... ialah bilangan kelapa mesti ganjil supaya sedap.  Tiga biji nyio masak digunakan untuk sekor ayam dan sekilo daging yang di masak rendang. Begitu juga tiga biji nyio untuk sekilo beras pulut untuk dibuat lemang.  Memang berlemak bersantan sungguh.


 Selagi mak selaku 'pegawai pemantau' jangan harap anak-anaknya atau menantunya nak masak guna santan yang sedia dijual... jangan harap.  Menantu, anak-anaknya serta cucu-cucu sila perah nyio sendiri ye!  Semalam tiga besen besar ni yang perlu dihadap... naik lenguh jugaklah tangan dibuatnya.  Tambahan semalam hanya ibuintan, sorang biras dan adik ipar yang bongsu saja yang berewang... yang laen tak balik.

Tu sebab khidmat anak adik ipar ni digunakan jugak untuk menumbuk kerisek.

Nabil memang rajin... seronok betul dia main batu lesung, kakaknya asyik bising 'malas la' 'penat la; tapi dia selamba je menumbuk sampai hancur.


                                       Sup tulang, sahlah berlemak-lemak.  Nasib baik ibuintan tak suka.

Rendang 5 ekor ayam bersama daun puding.  See the minyak very the begenang-genang.  Tu tinggal sikit, ibuintan dah buang bersenduk-senduk tu.  Bayangkan 5 kali 3 biji nyio,.. kalo ikut pengiraan mak mertua la, tapi semalam ibuintan jadi menantu antu jap, ibuintan engkar dan hanya masukkan sebelas biji nyio je... ghisau mengenangkan terlalu berminyak dan bersantan sangat...........lemak tersangat lemak ni.  Yang suka makan anak-anak  je, mak mertua bukan makan pun ayam ni so takyah la ikut selero dio... ye tak!


Ni ghuponya daun puding pada yang belum kenal.  Orang negori suko masak rendang campurkan dengan daun ni sekali.. Daunnya tidak kelat atau pahit.  Rasa berlemak je.  Lemak lagi!!  Tapi sangat best bila dijoinkan bersama ayam atau daging dan dibuat rendang hingga kering.


Barisan lemang yang ayu dan tinggi lampai.  Dua baris atau langgai.  Adalah dalam 32 batang.  Bayangkan santan dalamnya, memang sah sangat berlemak lagi.  Dan memang tidak dapat dinafikan lemang hasil tunjuk ajar dan pemantauan mak mertua memang sangat terbaik.  Memang sangat lembut, padat dan tentunya sangat lemak berkrim.  Memang terbaik dari segi rasa dan rupanya.


Yang ni walau camna berlemak pun sepotong dua tetap juga dimakan. Makan dengan rendang... judu yang sangat ngam.  Kalau arwah abah dulu makan lemang dengan sup satu kemestian baginya.  Rendam lemang dalam kuah sup atau air rebusan tulang.. sambil makan lemang hirup sup juga.






Rendang ayam dan daging untuk cikgu Ida beserta lima batang lemang.  Selepas selesai memasak rendang dan lemang, ibuintan balik semula ke rumah.  Ckgu Ida dan suami singgah dari Cameron pada pukul enam petang semalam untuk menjemput lemang dan rendangnya. Tersenyum lebar ckgu Ida.. tak payah merendang lagi, badan pun dah penat.


Pagi ni... antara menu raya selain lemang dan rendang yang semuanya bersantan berlemak, ibuintan jugak hidangkan jagung rebus dan sayur campur goreng.  Ihsan dan pemberian cikgu Ida .... hasil dari ladang di Cameron Highlands.


Terima kasih... orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.













            

4 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

Tahun ni tak t raya kat n9.. Bestlah..

ibuintan berkata...[Reply]

@Lelaki Ini

slamat hari raya.... ns meriah ngan lemang dan rendangnya

Mustafar Ahmad berkata...[Reply]

Untung bebona ibuintan berayo kek kampong....dapek pulak tompek eh kek negori semilan....memmglah meriah bona ngan lomang..rondang daging..rondang ayam..rondang itek....rondang kobau..sup tulang..daging salai...tak kurang jugo kek Jelobu pun lobih kurang samo yo meriah eh...kalau tak pecayo dtglah meyemondo ke negori semilan...

ibuintan berkata...[Reply]

@Mustafar Ahmad


wah... senogori ko kito, memang meriyah ngan makanan bosantan kan... insyallah, slalu yo ko Jolobu tu, abang ipa duk sano