Followers

Isnin, 22 Oktober 2012

Dua bulan yang panjang.... cuti peristiwa





Assalamualaikum............. sedar tak sedar dah hampir dua bulan rupanya tidak menjenguk blog ini.  Entahlah sukar untuk diucap, apalagi untuk dicoretkan di sini.  Macam-macam yang berlaku, macam-macam jugak yang perlu diuruskan.  Mood berblog tenggelam terus. Satu lepas satu dugaan yang datang.  Syukur.... moga Allah makin dekat dengan hati ini.  Sesungguhnya hanya kepadaNya tempat yang paling layak dan sepatutnya untuk mengadu. Syukur teramat sangat Dia sentiasa menolong hambanya yang lemah dan daif ini.

Buat rakan-rakan yang mungkin masih mengingati ibuintan... terima kasih banyak-banyak.  Ibuintan bukan sengaja menghilangkan diri, keinginan untuk mencoret dan membaca catatan semua sebenarnya amat meluap-luap, banyak sangat yang ketinggalan kini.  Namun sebabnya 'biarla rahsia'. Ianya hanya untuk simpanan kami sekeluarga saja..... Intan selalu menggalakkan ibunya membuka blog semula bila dia selalu melihat blog ibunya terbiar bersawang.

  Hari ini ibuintan bercuti... cuti peristiwa sebab semalam baru selesai perkhemahan unit berunifom di sekolah.  Hari ini dapatlah berehat sikit.... badan pun sengal dan sakit-sakit sikit ni gara-gara tugasan sebagai 'masterchef' . Maklumlah menjaga makan minum untuk 90 orang.  Entah berapa kali makan dan minum untuk program dua hari satu malam tu.  Penat tapi seronok.  Bebudak penat tapi makan tetap kenyang.... macam-macam menu, terima kasih kepada pensponsor yang sudi mensponsor bahan makanan.  Ibu bapa juga sangat membantu... sangat memberi kerjasama.

Maka hari ni juga, selepas menyapu dan mengemas rumah, keinginan untuk membuka sekaligus mengemaskan blog ini timbul kembali.  Sian sangat... dua bulan terbiar sepi.... tuannya cuti peristiwa, peristiwa yang berbagai kaler.







   

10 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibuintan..akhirnya berjumpa lagi kita disini

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibu Intan

Selamat kembali
Alhamdulillah Ibu Intan sihat

zul permatang badak berkata...[Reply]

laa, lama sangat berehat tu.....namun masih juga berharap untuk kembali berblog.......
selamat kembali.......

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Kak Erna... alhamdulillah, kita bersua kembali.

Mualaikumsalam Atuk... ye, syukur sangat atas nikmat kesihatan yg diberikanNya


Ckgu Zul.. memang terasa lama sgt, ada hal sepanjang percutian

Kak Amy berkata...[Reply]

Lamenya ibu intan berehat... anyway welcome back ibu intan

Maiyah berkata...[Reply]

penat n seronok
tu yg berbaloi-baloi
moga sihat slalu ya ;)

Unknown berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ibuintan berkata...[Reply]

@Citarasa Rinduan



mohon maaf Ayu... akak terpadam komen Ayu, tersalah klik pulak

ibuintan berkata...[Reply]

@Tanpa Nama


Mohon maaf sahabat tanpa nama... akak terpadam komen sahabat, tersilap klik jugak sama spt di atas