Assalamualaikum, Salam 1Malaysia.
Pagi tadi ikut ce abang pergi join aktiviti 'mengocal ikan' (menangkap ikan) di Sg Muar. Jangan terperanjat lak jangan ingat di Muar yo ada Sungai Muar, di Kuala Pilah pun ada sungai yang bernama Sungai Muar. Kg Talang Tengah ada sebuah empangan yang merintangi Sg Muar yang berfungsi sebagai empangan yang menakung dan mengawal air untuk disalurkan kesawah2 padi di Kg Talang ni. So pg tadi Jabatan Saliran Daerah K. Pilah telah membuka pintu empangan untuk membuang air dan mengeringkan parit2 (bonda) di sawah. Di kg Talang musim menuai padi baru habis, so tali air yang melalui kawasan sawah padi mesti dikeringkan sehingga musim padi baru bermula. 'Bonda' ialah panggilan penduduk kg untuk tali air. Jadi aktiviti melepaskan air empangan inilah yg dipanggil 'molopeh ompang'
Kami pergi dlm pukul 10.00 pagi, ce abang siap membawa tangguk sekali. Empangan ini lebih kurang 1 km saja dr rumah.. Aduh, malangnya bila kami tiba air sungai telah kering, dlm sungai sudah dipenuhi pencari2 ikan. Tapi ibuintan rasa sungai ni dah kehabisan ikan, mano poi e ikan tak tau lah. Biasanya kurang2 sekilo ikan sungai mesti dapat. Tp pagi td pencari2 ikan mengeluh mengatakan tak ada ikan. Memang pun biasanya suasana meriah dengan jerit sorak pencari ikan yg dapat menangkap ikan yang besar dan banyak. Tapi kali ni sunyi kemeriahan tu tak kedengaran.
Ce abang terus tak jadi join. Ibuintan rasa orang lae banyak berbanding ikan dalam sungai yang dah kering tu. So, kami jadi penonton sajalah di atas tebing sungai. Tak rasalah makan ikan sungai hari ni. Selalunya bak kata org tua 'sekali ngulai mesti dapek'. Kalau ce abang join tadi dapek mandi lumpur sungai yo la.
Sabar bang, tahun dopan kito poe lae, mano tau tahun dopan ikan dah byk lak.
wassallam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan